Dialog ‘bertiga’ Shuib & Mamat dalam iklan Pak Mat Western curi tumpuan

LocalEntertainment
13 Aug 2024 • 1:22 PM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

image is not available

Krisis yang berlaku antara kumpulan Sepah iaitu Mamat, Shuib dan Jep bagaikan berpanjangan.

Masing-masing bersuara menegakkan pendirian. Hakikatnya, peminat sedar, mereka trio yang sukar sebenarnya untuk dipisahkkan.

Bagaimanapun, sukar untuk menilai kerana kita tidak berada di tempat mereka.

Namun begitu, menerusi promosi iklan dari Pak Mat Western kemunculan Shuib dan Mamat seolah memberikan gambaran mereka merindui kenangan semasa mereka bertiga.

Menerusi beberapa babak tersebut, beberapa gambaran diberikan seperti dialog seorang lelaki yang membeli tiga pek kambing.

“Kambing perap pun bertiga,” katanya sambil berlalu.

Ketika itu Shuib dan Mamat memandang antara satu sama lain.

Dalam babak lain pula, kelihatan Shuib membeli tiga kotak makanan bagi hidangan Mat Chicken & Burger membuatkan Mamat tertanya-tanya.

Namun Shuib hanya menjawab dia tersalah membuat pesanan.

“Aku terbeli tiga, terpulang lah siapa nak datang Mamat, kau makan jelah,” kata Shuib.

Video berkenaan mengundang rasa sebak netizen dan mengharapkan pendamaian antara tiga sahabat itu.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved