“Dialog Ceramah Untuk Penonton IQ Rendah” – Baru 2 Hari Ditayang Di Netflix, Mat Kilau Teruk ‘Dihentam’

Movie
18 Sep 2022 • 2:30 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Biarpun baru saja ditayangkan di platform penstriman, Netflix dua hari yang lalu, filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan telah menerima beberapa kritikan daripada orang ramai.

Malah, filem arahan Syamsul Yusof itu juga menjadi tumpuan di platform media sosial, Twitter hingga menjadi trending dengan sebanyak 12,400 ciapan yang dibuat oleh pengguna.

Kebanyakkan penonton yang baru saja menonton filem berkenaan di Netflix meluahkan rasa kecewa dengan kualiti filem berkenaan kerana tidak seperti apa digambarkan oleh penonton yang menontonnya di wayang.

Banyak kritikan yang diterima mengenai filem terbabit dan antaranya adalah sinematografi babak aksi yang didakwa kelihatan ‘serabut’.

Dalam pada masa yang sama, dialog yang diguna pakai dalam Mat Kilau juga dipertikaikan oleh netizen, dimana mereka merasakan ada sesetengah dialog tidak sesuai dengan tahun kejadian berlaku dan kedengaran seperti ‘ceramah’.

image is not available

image is not available

Sedia maklum, filem Mat Kilau telah mencipta sejarah apabila filem terbabit berjaya mengutip jumlah yang tinggi sepanjang sejarah perfileman di tanah air.

Bukan itu saja, selepas 33 hari ditayang di pawagam, filem ini berhasil mengutip sebanyak RM99 juta dan jumlah itu telah mengatasi filem Avengers: End Game yang mengutip sebanyak RM87 juta.

image is not available 3 bulan lalu

"Cetus Fenomena"- Kelas Silat Terima Ramai Pelajar Lepas Tayangan Filem Mat Kilau

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved