Mat Kilau Di Netflix Bukan Versi Yang Ditayang Di Pawagam, Ada Kesalahan Fakta Pada Satu Babak

Entertainment
18 Sep 2022 • 2:41 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Filem adaptasi dari sejarah, Mat Kilau telah mengegarkan panggung dengan kutipan mencecah RM 100 juta sejak ditayangkan. Untuk mereka yang terlepas untuk menonton di filem itu di pawagam, platform penstriman Netflix telah menayangkan filem itu secara atas talian.

Namun, versi yang ditayangkan di Netflix berlainan dengan versi yang ditayangkan di pawagam dengan ada kesalahan fakta.

Ini kerana versi yang ditayangkan di Netflix difahamkan belum disunting atau ditapis.

Menurut sumber dari Suka Filem, babak yang diperkatakan itu ialah apabila Mat Kilau menceritakan tentang sahabat Nabi yang bernama Abdullah bin Mubarak. Namun, fakta yang sebenar ialah beliau bukanlah sahabat Nabi.

image is not available

Tampil memberikan penjelasan mengenai percanggah fakta itu, wakil dari Studio Kembara telah memuatnaik satu hantaran kepada seorang pengguna Facebook Halim Abdurrahman Halim.

image is not available

Assalamualaikum Tuan Halim. Saya daripada Tim Studio Kembara.

Terima kasih atas pembetulan tentang Abdullah bin Mubarak. Usaha murni ini amatlah penting untuk memastikan displin ilmu ke arah terus di pelihara keaslian dan kefahaman yang benar kepada masyarakat kita. Sebenarnya bahagian ini telah disunting selepas ditegur oleh penasihat syariah. Dan semua tayangan pagawam hanya menyiarkan filem yang telah disunting dengan pembetulan sahaja. Untuk tayangan Netlix, kami baru maklum bahawa ada sedikit kekeliruan file dan kami sedang minta Netflix untuk menayangkan Filem yang telah disunting dengan pembetulan sahaja. Segala tulisan Tn Halim terhadap Filem Mat Kilau kami ambil positif untuk menambahbaik produksi seterusnya. Jazakumullah khairan jaza’ Semoga terus menegur untuk kebaikan bersama”

Filem Mat Kilau dibintangi Dato’ Adi Putra, Beto Kusyhairi, Fattah Amin, Dato’ Jalaluddin Hassan dan ramai lagi.

Netflix mula menayangkan filem ini di platform mereka pada 16 September sempena sambutan Hari Malaysia.

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.