Diam-diam nikah! Sharifah Sakinah sah kembali bergelar isteri minggu lalu

LocalEntertainment
14 Apr 2025 • 3:19 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Pelakon versatil, Sharifah Sakinah, 36, mengejutkan ramai apabila mengesahkan dirinya sudah kembali bergelar isteri dalam sebuah majlis pernikahan tertutup yang berlangsung di ibu kota, minggu lalu.

Difahamkan, majlis yang serba sederhana itu hanya dihadiri ahli keluarga terdekat serta beberapa rakan artis rapat sahaja.

image is not available

Sharifah Sakinah mohon maaf tak dapat dedah identiti suami

Memetik laporan dari Harian Metro, Sakinah memohon maaf kerana tidak dapat mendedahkan identiti suaminya yang dikenalinya sejak lebih empat tahun lalu.

“Ya, kami sudah berkahwin minggu lalu. Tapi, saya mohon maaf kerana tidak dapat dedahkan identiti suami kerana alasan peribadi.
“Saya juga mencari masa yang sesuai untuk berkongsi berita baik ini kepada semua termasuk pihak media,” katanya.

image is not available

Majlis nikah Sharifah Sakinah anggun berbaju serba putih

Difahamkan, dalam majlis akad nikah tersebut, pelakon yang juga adik kepada penyampai radio Sharifah Shahirah ini tampil anggun dalam persalinan serba putih bertemakan putih keemasan.

image is not available

Artikel lain: Karakter penyondol tua dipertikai, Sharifah Sakinah tampil bersuara

Sekadar info, pernikahan ini merupakan perkahwinan ketiga buat Sakinah memandangkan sebelum ini dia pernah berkahwin dengan juruterbang, Aliff Adha pada 2015 namun berpisah lima tahun kemudian.

Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Anais Adha, kini berusia lapan tahun.

Sakinah kemudian bernikah dengan jejaka Sweden, Michael Hansen pada 2021 namun bercerai penghujung 2023 tanpa cahaya mata.

Sumber: Harian Metro (Ramlah Zainal)