Aisyah Aziz sah bergelar isteri Dr Mohd Fakhrudin Amir, abang PU Riz. Kini biras Neelofa

EntertainmentLifestyle
11 Apr 2025 • 6:23 PM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

image is not available

SELAMAT

pengantin baharu dan tahniah buat diucapkan kepada penyanyi kelahiran Singapura, Aisyah Aziz yang selamat bergelar isteri kepada lelaki pilihan hatinya, Dr Mohd Fakhrudin Amir Mohd Ismail.



Difahamkan, majlis pernikahan Aisyah, 31, dan Dr Mohd Fakhrudin berlangsung pada hari ini dalam suasana tertutup di Singapura.

Turut dikongsikan foto pendakwah selebriti, Haris Ismail atau PU Riz. Majlis tersebut hanya dihadiri oleh ahli keluarga terdekat serta teman rapat kedua-dua belah pihak.

image is not available



Berita gembira itu turut dikongsikan media di Singapura iaitu Mediacorp Warna 942 yang memuat naik foto pasangan baharu itu sedondon putih.



Aisyah memilih busana kebaya manakala Dr Mohd Fakhrudin pula berbaju Melayu rona sama dan bersamping biru muda.



Terdahulu, Aisyah yang juga adik kepada penyanyi popular Aliff Aziz memberi bayangan beliau sedang mengenali seseorang istimewa dan merancang untuk mendirikan rumah tangga dalam tempoh terdekat.



Malah terdapat khabar angin buah hatinya itu abang kepada seorang pendakwah selebriti yang juga suami kepada pengacara terkenal.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved