“Diam Itu Lebih Baik..” – Ira Kazar Beri Peringatan Buat Diri Sendiri

26 Nov 2022 • 12:06 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Sebelum ini, nama anak kepada pelakon veteran Kazar Saisi iaitu Ira Kazar sering terpalit dengan kontroversi orang ketiga dalam rumah tangga pasangan selebriti, Puteri Sarah Liyana dan Syamsul Yusof.

Susulan itu, Ira atau nama sebenarnya Faghirah Fatini Binti Kazaruddin dilihat mendiamkan diri dari membuat hantaran di mana-mana platform media sosial.

Namun, baru-baru ini, anak keempat dari lima beradik itu telah memuat naik sebuah hantaran di Insta Story.

Menerusi hantaran tersebut, Ira berkongsi sebuah petikan sebagai peringatan buat diri sendiri untuk setiasa muhasabah daripada bercakap perkara yang tidak baik.

Diam itu lebih baik jika tidak ada ‘perkara baik’ untuk diperkatakan. Berhati-hatilah dengan dosa lisan mahupun tulisanmu.”

Bukan itu sahaja, petikan itu turut dituju kepada dirinya sendiri untuk sentiasa berhati-hati dalam berkata-kata.

“#SelfReminder” tulis Ira.

image is not available

Sebelum ini, Puteri Sarah menegaskan pihaknya tidak akan menarik balik dakwaan dan akan meneruskan sehingga perbicaraan pada Ogos tahun hadapan.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 4 hari lalu

"Dia Masih Bagi Nafkah" - Puteri Sarah Kongsi Perkembangan Hubungan Dengan Syamsul Yusof