Diana Danielle dituduh ‘report’ tentang Abang Bas -“Macamlah aku teruja sangat”

LocalEntertainment
7 Sep 2024 • 2:22 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Pelakon terkenal, Diana Danielle dituduh ‘report’ tentang Abang Bas sehingga TikToker tersebut ditahan polis susulan konten-konten yang dikongsi di platform tersebut menjadi bualan.

Menerusi Insta Story Diana Danielle, dia menyatakan bahawa ada pihak menuduhnya dengan menyebarkan fitnah mengatakan dia yang bertanggungjawab membuat laporan berkenaan Abang Bas.

image is not available

Diana Danielle tak pernah tahu tentang kewujudan akaun TikTok dia

Ujar isteri kepada aktor hebat, Farid Kamil itu, dia tidak pernah tahu tentang kewujudan lelaki terbabit sehingga kesnya tular di media sosial.

Dia juga sama seperti yang lain hanya mengetahui perkembangan kes daripada berita selepas pihak polis masuk campur dalam isu terbabit.

“Yang saya baca, arahan siasat ni dikeluarkan oleh menteri.

“Itu pun tak pasti saya betul ke tidak. Saya hanya kongsi pandangan berkenaan pedofilia and ‘grooming’ selepas dia ditahan.

Dan sejak kebelakangan ini kita pun perasan betapa kerapnya kes-kes macam ini masuk ke timeline,” tulisnya.

image is not available

Diana Danielle turut dituduh punca akaun Abang Bas lesap

Dia juga mendakwa dituduh menjadi punca akaun TikTok pemandu bas tersebut menghilang sedangkan tidak pernah pun menjengah ke akaun lelaki tersebut.

Tambahnya, dia sama sekali tidak kisah apabila ada pihak mengatakan dia memberikan pandangan kerana mahukan perhatian.

“Yang kata saya berikan pendapat sebab nak perhatian, ikut sukalah! Macamlah aku teruja sangat nak cakap pasal pedofilia dekat akaun aku, what?

“Percayalah, jika saya nak publisiti murahan, banyak lagi cata berkesan boleh dibuat,“jelasnya lagi.

image is not available

Terdahulu, Diana Danielle telah memuat naik satu posting dengan berkongsi semula kenyataan media daripada pihak polis berhubung penahanan pemandu bas yang dipercayai membuat konten dengan pelajar-pelajar sekolah berserta kapsyen yang agak tidak sesuai.

Menurut Diana, dia berpuas hati apabila pihak berkuasa segera mengambil tindakan tentang perkara tersebut kerana ia sangat membahayakan walapun melibatkan ahli keluarga sendiri.

Instagram will load in the frontend.

Sumber: Instagram Diana Danielle