
Pelakon, Diana Danielle menyatakan rasa puas hati selepas pihak polis menahan seorang pemandu bas lelaki yang memuat naik video membuat konten ‘crush’ bersama penumpangnya yang merupakan murid sekolah pada Jumaat.
Sebagai ibu, Diana puas hati
“Sebagai seorang ibu, saya puas hati dengan tindakan polis kali ni tentang isu pemandu bas yang sibuk record video pelajar yang dia suka sangat tu.
“Walaupun dia cakap itu sebenarnya anak buah dia, kita pun dah tengok lately, keluarga rapat pun tak boleh dipercayai.
Undang-undang masih wujud
“Pemandu bas itu nampaknya mempertahankan tindakannya dengan mengatakan bahawa ibu bapa kanak-kanak ini tahu mengenai konten yang dilakukannya dan mereka okay sahaja.
“Kalau betul parents anak-anak ni tak kisah pun, undang-undang masih wujud. Undang-undang ada untuk melindungi anak-anak walaupun daripada ibu bapa mereka sendiri yang tak peka, tak faham atau yang memang tak kisah.


