Diana Danielle, Farid Kamil kunci mulut

LocalEntertainment
20 Nov 2024 • 9:47 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Diana (kiri) dan Farid ketika tiba di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur pada Rabu.

PASANGAN selebriti, Diana Danielle dan Farid Kamil memilih untuk mengunci mulut daripada mengulas prosiding pengesahan rujuk dan permohonan perceraian di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur pada Rabu.

Diana yang tiba pada 9.19 pagi, berjubah hitam dilihat hanya tersenyum dan sesekali berseloroh menjawab soalan wartawan yang menanti sejak jam 8 pagi.

Ditanya harapannya pagi ini, selebriti berusia 34 tahun itu memberitahu ‘saya mahu menikmati nasi lemak.’

Dalam pada itu, peguam Diana iaitu Datuk Akberdin Abdul Kadir berkata, prosiding pada hari ini merupakan pengesahan rujuk dan cerai.

"Hari ini, ada dua permohonan iaitu rujuk dan cerai. Akan teruskan dengan rujuk dulu dan kemudian diikuti cerai.

"Kedua-dua belah pihak perlu hadir ke mahkamah hari ini," kata Akberdin.

Sementara itu, Farid yang tiba bersama peguam, Fakhrul Azman Abu Hassan dengan berbaju kurta putih dan bersongkok bersama lilitan putih dilihat tenang dan hanya tersenyum.

“Saya harap semoga dapat doakan yang baik-baik. Insya-ALLAH,” ujar ringkas sebelum menaiki lif.

Terdahulu, Diana atau nama penuhnya Diana Danielle Danny Beeson menfailkan penceraian buat kali kedua pada 4 November lalu selepas mendakwa wujud pergaduhan berpanjangan atau ‘shiqaq’ yang tidak boleh diperbaiki.

Menurut peguam Diana, anak guamnya itu tidak lagi boleh hidup bersama dengan Farid Kamil Zahari, 43, kerana tiada persefahaman dan permohonan cerai dibuat mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah Persekutuan) iaitu kebenaran untuk berpisah dan ia terletak kepada seorang hakim syarie yang akan menentukan.

Selain permohonan cerai, Akberdin berkata, anak guamnya turut memfailkan permohonan rujuk semasa tempoh edah pada 9 September.

Katanya, ia ekoran penceraian kali pertama, di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, 10 Ogos lalu.

Farid dan Diana mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Muhammad, 11, dan Nur Aurora, 9.

Sebelum ini, Diana dan Farid pernah berhadapan dengan krisis rumah tangga yang berpanjangan sebelum disahkan bercerai talak satu menerusi Google Meet pada 10 Ogos tahun lalu. Bagaimanapun, kedua-dua mereka rujuk semula sebulan kemudian.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved