“Nampak handsome?” – Farid Kamil Jawab Pertanyaan Mengapa Pakai Songkok Lilit Kain Putih

Entertainment
20 Nov 2024 • 3:02 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

“Ada nampak handsome?”

Demikian respon pelakon Farid Kamil bila ditanya berkenaan dengan cara dia memakai songkok yang dililit dengan reben putih saat hadir di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur untuk permohonan pengesahan rujuk hari ini.

Ia susulan penampilan tersebut mendapat perhatian ramai setelah melihat Farid Kamil tiba di mahkamah.

Seperti yang kita sedia maklum, gaya tersebut merupakan kod etika berpakaian lelaki Melayu Islam sepanjang tempoh berkabung bagi menghormati seseorang kenamaan yang mangkat kebiasaannya golongan istana seperti Sultan.

Farid yang memakai kurta putih enggan memberikan ulasan berkenaan pertanyaan daripada media, sebaliknya dia syukur dan teruja untuk menyambut hari ulang tahun kelahiran anak keduanya, Nur Aurora Robe’ah yang berusia sembilan tahun.

image is not available

“Sebenarnya, saya bersyukur sangat kerana hari ini saya nak pergi ambil anak saya dari sekolah untuk raikan hari jadinya. Anak yang paling cantik.”

“Selamat hari jadi saya ucapkan. Saya minta semua orang untuk ucapkan selamat hari jadi dan ucapkan doa-doa yang terbaik untuk anak saya, Nur Aurora Robe’ah. Semoga dia turut diberkati dan dirahmati Allah. Dia nak hadiah paling mahal, saya.”

Dalam prosiding tadi, Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan telah mengesahkan status Farid dan Diana sebagai suami isteri. Hakim Syarie, Abdul Fattah Datuk Kamarudin memutuskan demikian selepas perkara itu disahkan kedua-dua belah pihak pada prosiding berkenaan.

2 Disember ini adalah tarikh untuk Diana selaku plaintif menyediakan dokumen berkaitan perakuan rujuk bagi meneruskan prosiding perceraian yang difailkan terhadap Farid.

Sumber : Harian Metro

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.