Diana Danielle mahu bercerai lagi, netizen titip kata2 semangat -“Awak dah beri peluang”

LocalEntertainment
28 Oct 2024 • 10:47 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Berita tentang pelakon, Diana Danielle mahu bercerai lagi dengan suami, Farid Kamil nampaknya cukup mengejutkan ramai.

Hal ini susulan tindakan Diana yang memuat naik kenyataan tersebut di media sosial miliknya dengan mengatakan bakal menfailkan penceraian terhadap suami.

Instagram will load in the frontend.

Diana Danielle mahu bercerai lagi, tidak akan buat penjelasan

Ujarnya, dia tidak akan membuat sebarang penjelasan berhubung tindakan tersebut dan sedar bahawa ‘rujuk’ bukanlah untuk setiap orang.

“Rujuk bukanlah untuk setiap orang. Biarkan saya pergi, terima kasih,” tulisnya ringkas.

image is not available

Diana Danielle mahu bercerai lagi, netizen tinggalkan komen

Disebabkan itu, ramai yang telah meninggalkan komen di ruangan Thread pelakon tersebut dengan memberikan kata-kata semangat kepadanya berhubung tindakan yang diambil.

Kebanyakan kepada mereka menyatakan bahawa Diana sudahpun berusaha dengan memberikan peluang lebih-lebih lagi sewaktu bercerai kali pertama pada 10 Ogos 2023 sebelum kembali rujuk di akhir bulan yang sama.

image is not available

Awak akan okey, anak2 juga

image is not available

Awak dah beri peluang, dah cuba yang terbaik

image is not available

Sekadar info, Diana Danielle dan Farid Kamil pernah bercerai talak satu namun kembali rujuk sebagai suami isteri sebelum tempoh idah tamat.

Dalam hantaran terbaru aktres tersebut, dia sempat memerli suami dengan mengatakan mungkin akan ada pemberian bunga, cincin dan janji-janji kosong seperti sebelum ini serta sempat meminta supaya tidak dipujuk lagi.

Sumber: Thread dianadanielleb