Diana Danielle Mahu Failkan Cerai Sekali Lagi Terhadap Farid Kamil

LocalEntertainment
28 Oct 2024 • 7:26 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Baru-baru ini, pelakon Diana Danielle tiba-tiba mengumumkan bahawa dia telah mengambil keputusan untuk berpisah dengan suaminya iaitu Farid Kamil.

Menerusi hantaran yang dimuat naik di Instagram, Diana berkata dia akan menfailkan penceraian terhadap suaminya.

Hantaran Instagram Diana Danielle

image is not available

Saya ambil keputusan untuk secara rasmi berpisah daripada suami saya dan akan menfailkan penceraian.

Walaubagaimanapun, Diana memilih untuk tidak mendedahkan punca dan mengenai keputusan yang dibuat. Namun, katanya mungkin pihak sebelah akan kembali dengan janji kosong seperti sebelum ini.

Tidak, saya tidak akan memberi penjelasan kenapa. Mungkin seperti biasa, dia akan. Dengan bunga dan cincin dan janji kosong. Have a nice life.

Ujarnya, rujuk bukanlah untuk semua orang, dia juga meminta dirinya untuk dilepaskan.

Rujuk bukan untuk semua orang. Lepaskan saya. Terima kasih.

Untuk makluman, Diana dan Farid pernah bercerai pada 10 Ogos tahun lalu dan selepas sebulan berpisah mereka kembali rujuk semula.

image is not available

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: Instagram


Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved