
Pasangan pelakon, Diana Danielle dan Farid Kamil masih bergelar pasangan suami isteri kerana Farid enggan menceraikan isterinya.
Ketika ditemui, Diana berkata suaminya hanya membuang masa.
Bagi saya dia membuang masa saya dan membuang masa dia.

Tak ada apa yang nak diselamatkan dah. Kita dah rujuk setahun, bukankah itu peluang untuk kita berdamai dan perbaiki keadaan?
Apa lagi yang saya boleh buat? Teruskan berharap? Saya berbulat hati, saya nak penceraian ini berlaku.
Peguam Diana, Datuk Akberdin Abd Kadir berkata dia menerima arahan lanjut untuk membuat tuntutan nafkah ke atas Farid.

Diana menjelaskan tuntutan nafkah tersebut adalah tuntutan nafkah yang tertunggak.

Menerusi prosiding hari ini, Diana mendedahkan dia mahu membuat tuntutan nafkah kerana suaminya tidak memberikan nafkah pada dirinya.
"Kedua-Dua Pihak Kembali Rujuk Sebagai Suami Isteri"- Mahkamah Terima Permohonan Rujuk Farid Kamil & Diana Danielle
The post Diana Danielle Mahu Buat Tuntutan Nafkah, Anggap Farid Kamil Membuang Masa – “Tak Ada Apa Yang Nak Diselamatkan Dah” first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

