Diana Danielle ‘Reject’ 8 Cincin Farid Kamil, Tak Selesa Suami Gunakan Anak ‘Pass’ Hadiah

Entertainment
30 May 2023 • 9:46 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Dalam usaha memujuk isteri untuk berdamai, pelakon Farid Kamil mendakwa Diana Danielle telah menerima 8 bentuk cincin pemberiannya.

Namun, perkara itu telah disangkal oleh Diana Danielle menerusi satu kenyataan di Instagram. Menurut Diana, suaminya telah menggunakan anak iaitu Muhammad dan Aurora untuk menyerahkan hadiah tersebut.

image is not available

Dia mengakui tak selesa dan menolak pemberian itu melalui peguamnya. Pelakon ini juga menafikan ada mengucapkan terima kasih seperti yang dikatakan Farid.

image is not available

Dalam hantaran itu, Diana berpesan kepada Farid supaya tak menggunakan anak-anak mereka untuk menyerahkan sebarang hadiah lagi.

Dia beri kepada Muhammad dan minta serahkan kepada saya. Saya rasa tak selesa tapi tak nak beri sebarang reaksi.

Terdahulu, Farid Kamil menawarkan hadiah berjumlah lebih RM300,000 iaitu sebuah kereta Toyota Vellfire, barangan kemas, wang pendahuluan nafkah dan bayaran balik tiket umrah sebagai tanda pendamaian dengan isteri. Namun isterinya difahamkan menolak tawaran itu dan mahu meneruskan hasrat untuk berpisah.

Kredit: Instagram Diana Danielle

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.