Hakim nasihat lafaz talak, ini 5 sebab Farid Kamil tak mahu cerai Diana Danielle

Entertainment
30 May 2023 • 8:14 PM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

Hakim nasihat lafaz talak, ini 5 sebab Farid Kamil tak mahu cerai Diana Danielle

SITUASI rumah tangga pasangan selebriti Farid Kamil dan Diana Danielle menjadi perhatian ramai.

Menerusi prosedur yang dijalankan hari ini, Farid yang hadir bersama bapa, Datuk Dr Zahari Che Dan dan ibunya, Datin Sharifah Bardah Syed Abdillah enggan melafazkan talak terhadap Diana walaupun Jawatankuasa Pendamai (JKP) menunjukkan bahawa rumah tangga pasangan pelakon itu gagal untuk didamaikan.

image is not available

Berikut adalah butiran lengkap berkaitan:

1-Hakim Syarie, Shukran Yusof ketika membaca keputusan JKP berkata, Diana Danielle selaku plaintif menyatakan mahu meneruskan perpisahan kerana tiada persefahaman.

2-Malah pelakon Imaginur itu kecewa dengan tuduhan yang menyatakan beliau mempunyai hubungan sulit dengan lelaki lain.

3-Manakala bagi dapatan bagi Farid pula memberitahu bahawa beliau sebagai defendan tidak bersetuju untuk bercerai kerana masih menyayangi keluarga.

4-Farid dikatakan mengakui kesalahannya.

5-Malah beliau juga berjanji untuk memberikan komitmen penuh kepada isteri dan anak-anaknya.

6-Dalam masa yang sama pelakon Anwar, The Untold Story itu ingin memperbaiki diri.

image is not available

7-Menerusi dapatan-dapatan itu, mahkamah mendapati mereka gagal untuk mencapai satu keamanan.

8-Peguam syarie, Datuk Akberdin Abdul Kader yang mewakili Diana Danielle mencadangkan langkah seterusnya dibuat iaitu proses hakam.

9-Hakam ialah proses di mana pihak-pihak yang bertikai melantik wakil bagi menyelesaikan pertikaian yang timbul, berlandaskan hukum syarak.

10- Cadangan berkenaan dibantah oleh peguam syarie, Fakhrul Azman Abu Hassan mewakili Farid Kamil kerana berpendapat bahawa mahkamah perlu mengambil kira, sama ada berlakunya shiqaq dalam pertikaian itu.

image is not available

11-Akberdin menerangkan anak guamnya tidak dapat hidup bersama lagi, maka ia bukti berlakunya shiqaq.

12-Selepas hakim membaca laporan JKP, mahkamah bersetuju dengan hujahan pihak plaintif, berlaku shiqaq. Hakim mennasihati defendan (Farid) supaya melafazkan talak, jika bersedia.

13-Farid bagaimanapun menerangkan beliau tidak setuju untuk melafazkan talak.

14-Mahkamah kemudian memerintahkan proses seterusnya dijalankan dengan lantikan hakam keluarga dan menetapkan 15 Jun ini sebutan kes dan lantikan hakam.

15-Mahkamah juga menetapkan tarikh sama untuk sebutan semula kes bagi permohonan nusyuz oleh Farid terhadap Diana Danielle dan menetapkan 15 Jun ini sebutan kes dan lantikan hakam.

Farid dan Diana berkahwin pada 3 November 2012 dan dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Muhammad, 10, dan Nur Aurora, 8.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi