Diana Danielle Terkilan, Tegur Pensyarah Yang Suka Bagi Nombor Telefon Sesuka Hati Dekat Student

Entertainment
29 Apr 2024 • 1:07 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Pelakon Diana Danielle meluahkan rasa terkilan terhadap segelintir pihak yang sewenang-wenangnya kongsi nombor telefon miliknya.

Rasa kesalnya itu diluahkan menerusi satu video di TikTok di mana dia membuat teguran agar tidak sesuka hati kongsi nombor telefon seseorang tanpa kebenarannya.

Dalam video tersebut, Diana Danielle meminta orang ramai untuk tidak normalize kongsikan nombor telefon seseorang itu kepada pihak lain tanpa kebenaran tuan badan.

Ia kerana Diana ada menerima mesej daripada seorang siswazah yang mahu melakukan sesi wawancara dengannya untuk projek mereka.

Kurang selesa dengan mesej tersebut, Diana ada bertanyakan kepada siswazah itu dari mana dia dapat nombor telefon miliknya.

“Dia kata dia dapat nombor telefon saya daripada pensyarah dia, saya terkejut, sebab sebagai seorang pensyarah saya rasa ia sangat penting untuk awak, untuk bagi tunjuk ajar langkah-langkah yang lebih profesional untuk menghubungi seseorang.”

“Awak tak kenal saya, saya tak kenal awak, jadi awak tak boleh sewenang-wenangnya bagi nombor telefon saya kepada pelajar awak, itu nombor peribadi saya.”

@diana.danielle

This applies to everyone not just celebrities, normalise asking for permission when we want to share each other’s phone numbers ya hear? It’s all love though

♬ original sound – Diana Danielle – Diana Danielle

Oleh itu, Diana Danielle menjelaskan prosedur yang sepatutnya dilakukan jika ingin berurusan dengan seseorang iaitu hubungi melalui e-mel dan perlu ada batasan ketika berhubung dengan seseorang. Jelas Diana lagi, dia sangat tak selesa jika ada orang lain tidak hormat privasinya.

Sumber : TikTok

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

View Original Article