Dianggap Wira Dalam Serangan San Diego, Kiriman Terakhir Pengawal Keselamatan Undang Sebak

World
20 May 2026 • 3:56 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

Dianggap Wira Dalam Serangan San Diego, Kiriman Terakhir Pengawal Keselamatan Undang Sebak

Dianggap Wira Dalam Serangan San Diego, Kiriman Terakhir Pengawal Keselamatan Undang Sebak

Dunia dikejutkan dengan satu kejadian tembakan di sebuah masjid di San Diego pada Selasa sehingga mengakibatkan tiga orang maut.

Salah seorang darinya ialah seorang pengawal keselamatan yang sangat dikenali dalam komuniti di situ.

Pengawal yang dikenali sebagai Amin Abdullah itu kini dianggap sebagai seorang hero kerana telah menghalang serangan terbabit daripada menjadi lebih buruk.

Image from: Dianggap Wira Dalam Serangan San Diego, Kiriman Terakhir Pengawal Keselamatan Undang Sebak
Kredit: Amin Abdullah

Amin yang meninggalkan lapan orang anak itu dipuji kerana berani berdepan serangan itu sehingga akhirnya mengorbankan nyawanya sendiri.

Polis berkata bahawa ketika suspek berlari melepasi Amin di pintu masuk masjid, dia mula menembak dan mereka membalas tembakan.

Baca juga:

Dia juga telah mengarahkan perintah berkurung dan berjaya menyelamatkan banyak nyawa, termasuk 140 kanak-kanak di sekolah yang merupakan sebahagian daripada pusat itu.

Dalam pada itu, salah satu kiriman terakhir Amin di laman Facebook turut menjadi tular di media sosial.

Kiriman yang dikongsikan pada 6 Mei itu memperlihatkan Amin berkongsi mengenai kejayaan sebenar yang dirasakannya.

Image from: Dianggap Wira Dalam Serangan San Diego, Kiriman Terakhir Pengawal Keselamatan Undang Sebak
Kredit: Amin Abdullah

"Bagi ramai orang, kejayaan ialah kestabilan kewangan, reputasi yang baik, kecantikan dan sebagainya.

"Namun bagi saya, wallahi, kejayaan ialah kembali kepada Allah, Pencipta kita, dengan jiwa yang suci seperti mana jiwa itu dipinjamkan kepada saya ketika dilahirkan.

"Kejayaan ialah apabila para malaikat Allah SWT berkata: Janganlah kamu takut dan janganlah kamu bersedih, tetapi terimalah berita gembira tentang syurga yang telah dijanjikan kepada kamu oleh Tuhan Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

"Semoga Allah SWT mengurniakan kepada kita husnul khatimah," katanya.

Image from: Dianggap Wira Dalam Serangan San Diego, Kiriman Terakhir Pengawal Keselamatan Undang Sebak

Orang ramai yang mengenali mangsa juga memberitahu bahawa Amin sangat menjaga komunitinya.

"Amin disayangi oleh semua orang, dia berdiri di sana hari demi hari, sentiasa tersenyum, mengalu-alukan semua orang termasuk kanak-kanak yang datang ke sekolah.

"Dia adalah cahaya yang bersinar. Dia seorang wira sejati, seorang syahid," kata jurucakap Majlis Hubungan Amerika-Islam-San Diego (Cair-SD), Tazheen Nizam.

Amin juga telah bekerja di sama selama lebih sedekad dan orang-orang yang pernah bertemu dengannya semua berkongsi hal sama iaitu Amin seorang yang ramah dan suka senyum.

Selain Amin, dua lagi mangsa dikenali sebagai Mansour Kaziha dan Nader Awad.

View Original Article