Pengawal Keselamatan Korban Lindungi Jemaah, Tabung Keluarga Cecah RM3.98 Juta

World
20 May 2026 • 8:55 AM MYT
The Malaysian Update
The Malaysian Update

Portal berita pilihan anda untuk isu semasa, politik, hiburan, & banyak lagi

Image from: Pengawal Keselamatan Korban Lindungi Jemaah, Tabung Keluarga Cecah RM3.98 Juta

SAN DIEGO – Pengorbanan seorang pengawal keselamatan di Pusat Islam San Diego, Amerika Syarikat yang terkorban ketika melindungi jemaah serta kanak-kanak dalam insiden tembakan mendapat perhatian dunia apabila tabung bantuan untuk keluarganya kini mencecah AS$1 juta (RM3.98 juta).

Amin Abdullah disifatkan sebagai wira selepas bertindak berani menghalang penyerang daripada menghampiri kawasan jemaah, sekali gus memberi masa kepada kakitangan untuk memindahkan orang ramai ke tempat selamat.

Menurut pihak polis, tindakan pantas itu dipercayai berjaya mengelakkan kejadian yang lebih buruk daripada berlaku.

Keberanian Amin Abdullah Dikenang, Cegah Tragedi Lebih Besar Di Masjid

Allahyarham yang dikenali sebagai seorang yang mesra dan sentiasa menjaga keselamatan komuniti kini dikenang oleh ribuan individu yang tampil memberikan sokongan kepada keluarga yang ditinggalkan.

Sementara itu, pengasas Yaqeen Institute, Omar Suleiman berkata, Amin memainkan peranan yang sangat besar dalam menghalang pertumpahan darah yang lebih besar di masjid berkenaan.

“Beliau telah berkhidmat sebagai pengawal keselamatan di masjid ini selama bertahun-tahun dan memainkan peranan penting dalam menghalang penembak daripada menghampiri kanak-kanak.

“Semoga Allah merahmati beliau dan menerima beliau sebagai seorang syahid,” katanya menerusi media sosial. – The Malaysian Update

The post Pengawal Keselamatan Korban Lindungi Jemaah, Tabung Keluarga Cecah RM3.98 Juta appeared first on The Malaysian Update.

View Original Article