Dibedah Tanpa Izin & Layanan Kasar? Sunway Medical Centre Nafi Dakwaan Wanita Indonesia

LocalHealth & Fitness
18 Jan 2026 • 6:17 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Sunway Medical Centre, Sunway City menafikan dakwaan palsu yang tular di media sosial berhubung pengabaian rawatan terhadap seorang pesakit dari Indonesia, sambil menegaskan semua siasatan berkaitan kes tersebut telah dijalankan dan diselesaikan sepenuhnya.

Menerusi satu kenyataan rasmi, pihak hospital memaklumkan siasatan berkenaan dibuat berdasarkan bukti klinikal selepas pesakit terbabit dibenarkan keluar dari hospital.

“Sejak pesakit discaj, semua siasatan telah dijalankan dan diselesaikan berdasarkan bukti klinikal,” ujarnya.

image is not available

Sunway Medical Centre Nafi Dakwaan Wanita Indonesia

Dalam pada itu, Sunway Medical Centre turut mengesahkan pihaknya telah berhubung dengan wakil perundangan yang dilantik oleh pesakit berkenaan bagi menguruskan perkara tersebut secara profesional dan berlandaskan undang-undang.

image is not available

Bagaimanapun, pihak hospital memaklumkan mereka tidak akan mengulas sebarang butiran lanjut berhubung kes terbabit selaras dengan tanggungjawab terhadap kerahsiaan pesakit, sementara proses berkaitan masih berjalan.

“Pihak hospital dan doktor terlibat juga berhak mengambil sebarang tindakan yang sesuai sekiranya perlu bagi melindungi kepentingan masing-masing,” jelas kenyataan itu.

Sunway Medical Centre, Sunway City turut menegaskan komitmen berterusan mereka untuk memberikan perkhidmatan kesihatan dengan penuh profesionalisme, belas ihsan serta berintegriti kepada semua pesakit tanpa mengira latar belakang.

image is not available

Artikel lain: Wanita Indonesia Dakwa Dilayan Kasar, Dibedah Tanpa Persetujuan Di Hospital Swasta Malaysia

Terdahulu, tular di media sosial dakwaan terhadap kecuaian dalam penjagaan pesakit di Sunway Medical Centre menerusi sebuah video di platform TikTok yang dimuat naik oleh akaun @Drrichardlee, memaparkan perkongsian individu yang mendakwa menjadi mangsa kecuaian perubatan semasa menerima rawatan di hospital berkenaan.

Sumber: dr.richard_lee

The post Dibedah Tanpa Izin & Layanan Kasar? Sunway Medical Centre Nafi Dakwaan Wanita Indonesia appeared first on Borak Daily.