'Dibenci sejak 16 tahun...' Najwa Latif tersentuh netizen back up isu fizikal selepas bersalin, akui anak anugerah

LocalEntertainment
21 Sep 2026 • 10:54 AM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

Image from: 'Dibenci sejak 16 tahun...' Najwa Latif tersentuh netizen back up isu fizikal selepas bersalin, akui anak anugerah

PENYANYI Najwa Latif akhirnya bersuara isu yang membabitkan buli siber dan sebuah hantaran di platform Threads baru-baru ini.

Tindakan individu berkenana bertindak membandingkan fizikal dan penampilan Najwa selepas bersalin dengan beberapa selebriti tempatan yang lain turut menerima kecaman daripada warganet lain.

Berkongsi luahan hatinya berhubung pengalaman berdepan kecaman seawal usia belasan tahun, pensyarah Bahasa Inggeris itu terharu dengan tindakan mereka yang mempertahankannya.

"Bagi seseorang yang sudah melalui kebencian sejak berumur 16 tahun, saya tak pernah jangka ada orang yang akan pertahankan saya.

"Saya sentiasa percaya yang setiap orang berhak ada pendapat masing-masing. Saya mungkin tak boleh terima tetapi saya akan tetap hormat walaupun saya tak terima penghormatan yang sama.

Image from: 'Dibenci sejak 16 tahun...' Najwa Latif tersentuh netizen back up isu fizikal selepas bersalin, akui anak anugerah

Saya baca semuanya. Tolong tahu yang anak perempuan saya tak pernah jadi beban. Dia adalah rahmat yang sangat indah," kongsinya.

Dalam masa yang sama, pelantun Cinta Muka Buku itu mengakui dia jarang memberikan reaksi di media sosial dan berharap positiviti itu kembali kepada mereka yang berbuat baik dengannya.

Artikel penuh: 

"Saya jarang bercakap pasal apa yang saya rasa kat media sosial, tapi saya betul-betul tersentuh dengan kasih sayang dan kebaikan korang. Terima kasih sebab memahami, sebab ada belakang saya walaupun masa saya tak tengok, dan sebab pilih untuk berbuat baik dengan saya.

"Saya tak tahu apa yang saya dah buat sampai layak dapat semua ni, tapi saya harap kebaikan korang akan kembali balik kat korang. Insya-Allah, amin.

"Terima kasih sebab bantu sembuhkan sebahagian daripada diri saya yang berumur 16 tahun tu," jelasnya.

Sekadar info, Najwa atau nama sebenarnya Imratul Najwa Abdul Latif, 31, berkahwin dengan rapper Akwa Ariffin pada November 2022 dan telah dikurniakan cahaya mata bernama Medina pada 11 November 2025.

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved