Najwa Latif Terharu Ramai Netizen Pertahan Dirinya, Anggap Sokongan Sebagai ‘Penyembuh Luka’ Sejak Usia 16 Tahun

LocalEntertainment
21 Sep 2026 • 5:44 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

Najwa Latif Terharu Ramai Netizen Pertahan Dirinya, Anggap Sokongan Sebagai ‘Penyembuh Luka’ Sejak Usia 16 Tahun

Kritikan terhadap perubahan fizikal selepas bersalin bukan perkara baharu buat penyanyi Najwa Latif, namun sokongan yang diterimanya daripada orang ramai kali ini meninggalkan kesan mendalam buat dirinya.

Najwa, yang juga pensyarah Bahasa Inggeris, mengakui terharu apabila ramai netizen tampil mempertahankannya selepas seorang individu membandingkan fizikal dan penampilannya selepas bersalin dengan beberapa selebriti tempatan lain menerusi satu hantaran di platform Threads baru-baru ini.

Image from: Najwa Latif Terharu Ramai Netizen Pertahan Dirinya, Anggap Sokongan Sebagai ‘Penyembuh Luka’ Sejak Usia 16 Tahun
Tangkap layar hantaran Instagram Najwa Latif

Menerusi perkongsian di media sosial, pelantun lagu Cinta Muka Buku itu berkata, pengalaman berdepan kecaman sejak usia 16 tahun membuatkan dirinya tidak pernah menjangka akan ada pihak yang sanggup mempertahankannya.

“Bagi seseorang yang sudah melalui kebencian sejak berumur 16 tahun, saya tak pernah jangka ada orang yang akan pertahankan saya.

“Saya sentiasa percaya yang setiap orang berhak ada pendapat masing-masing. Saya mungkin tak boleh terima tetapi saya akan tetap hormat walaupun saya tak terima penghormatan yang sama.

“Saya baca semuanya. Tolong tahu yang anak perempuan saya tak pernah jadi beban. Dia adalah rahmat yang sangat indah,” kongsinya.

Dalam pada itu, Najwa yang jarang berkongsi mengenai perasaannya di media sosial turut menzahirkan penghargaan terhadap orang ramai yang memilih untuk memberikan kata-kata positif dan berdiri di belakangnya.

Katanya, sokongan berkenaan benar-benar menyentuh hati, malah dia berharap segala kebaikan yang diberikan kepadanya akan kembali kepada mereka yang berbuat baik.

“Saya jarang bercakap pasal apa yang saya rasa kat media sosial, tapi saya betul-betul tersentuh dengan kasih sayang dan kebaikan korang.

“Terima kasih sebab memahami, sebab ada belakang saya walaupun masa saya tak tengok, dan sebab pilih untuk berbuat baik dengan saya.

“Saya tak tahu apa yang saya dah buat sampai layak dapat semua ni, tapi saya harap kebaikan korang akan kembali balik kat korang. Insya-Allah, amin,” katanya.

Najwa turut mengakui sokongan yang diterimanya itu sedikit sebanyak membantu menyembuhkan luka yang dipendam sejak zaman remajanya.

Baca juga:

“Terima kasih sebab bantu sembuhkan sebahagian daripada diri saya yang berumur 16 tahun tu,” jelasnya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved