Diberi Amaran & Lengkapkan Surat Aku Janji, Pengemis Bawa Proton X70 Dihentikan Bantuan

Entertainment
12 Mar 2024 • 3:54 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Mesti ramai yang ingat kes yang pernah tular sebelum ini di mana seorang pengemis dilihat memandu sebuah Proton X70.

Hari ini, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) tidak lagi menyalurkan elaun Orang Kurang Upaya (OKU) kepada seorang penerima yang didapati mengemis hingga mampu memiliki kereta yang berharga hampir RM 100K itu.

image is not available

Timbalan Menteri KPWKM, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad, berkata selain elaun RM450 yang dihentikan mulai bulan ini, lelaki itu turut diberi amaran dan melengkapkan surat aku janji untuk tidak mengemis.

“Siasatan mendapati dia bekerja sebagai penyelia syif di sebuah syarikat bas dengan anggaran pendapatan RM2,000 sebulan.

Justeru, beliau tidak boleh lagi menerima bantuan kebajikan daripada JKM (Jabatan kebajikan Masyarakat),” katanya.

Difahamkan, lelaki yang cacat pada kedua-dua tangannya itu dilapor memperoleh pendapatan hingga RM500 dalam tempoh lima jam hasil sumbangan orang ramai di pasar malam sebelum perbuatan itu dibongkar JKM Maran pada Februari lalu.

Dalam pada itu, Datuk Seri Noraini juga berkata Akta Orang-Orang Papa 1977 tidak mempunyai hukuman punitif bagi golongan yang tertakluk di bawah perundangan itu mengeksploitasi kekurangan diri untuk menjana kemewahan.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.