‘Diberi tahi dibalas bunga’ ucapan selamat ulang tahun PMX kepada Tun M cetus pujian netizen

LocalPolitics
10 Jul 2026 • 1:56 PM MYT
Scoop.my
Scoop.my

News You Can Use, Investigative Reports, Sports, Videos, and Analysis

Image from: ‘Diberi tahi dibalas bunga’ ucapan selamat ulang tahun PMX kepada Tun M cetus pujian netizen

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mencuri perhatian apabila mengucapkan selamat ulang tahun ke-101 kepada Tun Dr Mahathir Mohamad dalam perkongsian di Instagram, meskipun kedua-duanya dikenali sebagai seteru politik tanah air.

“Selamat ulangtahun kelahiran yang ke-101 buat Tun Dr Mahathir Mohamad. Semoga Tun terus dilimpahi rahmat, kesihatan yang baik dan berada dalam keberkatanNya, Insya-Allah.”

Ucapan ringkas itu segera mengundang ratusan respons daripada netizen yang memuji tindakan Anwar, melihatnya sebagai simbol akhlak dan kematangan politik.

Seorang pengguna, arf.ammara, menulis:

“Diberi tahi, dibalas bunga. Itulah akhlak yang sepatutnya kita usahakan. Kita hanyalah manusia yang tiada daya dan upaya; setiap ilham, pergerakan dan pemikiran semuanya dengan izin Allah. Semoga Allah membimbing kita untuk mencontohi akhlak Rasulullah dan para sahabat, kerana akhlak yang mulia adalah antara asbab turunnya hidayah dan rahmat Allah.”

Tun Dr Mahathir Mohamad dilahirkan pada 10 Julai 1925 di Alor Setar, Kedah. Beliau mencatat sejarah sebagai Perdana Menteri Malaysia paling lama berkhidmat — pertama kali dari tahun 1981 hingga 2003, dan sekali lagi dari 2018 hingga 2020.

Kepimpinannya selama lebih dua dekad pada era pertama dikenang sebagai tempoh pembangunan pesat negara, manakala kemunculan semula beliau pada usia lebih 90 tahun menjadikan Tun sebagai pemimpin tertua di dunia yang pernah memegang jawatan Perdana Menteri.

Bagi ramai pemerhati, momen ucapan ulang tahun daripada Anwar ini bukan sekadar doa, tetapi simbol bahawa dalam politik yang sering tegang, masih ada ruang untuk adab, penghormatan dan kemanusiaan. - 10 Julai, 2026

The post ‘Diberi tahi dibalas bunga’ ucapan selamat ulang tahun PMX kepada Tun M cetus pujian netizen appeared first on Scoop.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved