Dibimbing Mufti Sabah, ADUN Pitas & keluarga lafaz dua kalimah syahadah

LocalPolitics
23 Aug 2026 • 12:58 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pitas, Datuk Seri Ruddy Awah bersama isteri dan anaknya secara rasmi memeluk Islam selepas melafazkan dua kalimah syahadah di kediaman mereka di Kampung Salimpodon Laut, Pitas, pada Ahad.

Anak dan isteri juga memeluk Islam

Memetik laporan daripada Sinar Harian, lafaz dua kalimah syahadah itu dibimbing Mufti Sabah, Datuk Bungsu @ Aziz Jaafar dan disaksikan Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah merangkap Exco Agama Islam negeri, Datuk Mohd Arifin Mohd Arif serta Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Zainudin Aman.

Turut dihadiri Ketua Menteri Sabah

Ruddy bersama isterinya, Datin Seri Asiah Udin dan anak mereka, Aswady terlebih dahulu melafazkan dua kalimah syahadah secara bersama-sama sebelum mengulanginya secara bergilir-gilir, diikuti bacaan pengertiannya dalam bahasa Melayu.

Majlis kemudian diteruskan dengan laungan azan, diikuti bacaan ayat suci al-Quran sebelum diakhiri dengan selawat dan kenduri kesyukuran.

Majlis berkenaan turut dihadiri Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor, bersama barisan menteri dan pembantu Kabinet negeri.

Image from: Dibimbing Mufti Sabah, ADUN Pitas & keluarga lafaz dua kalimah syahadah

Sebelum ini, Ruddy yang juga Pembantu Menteri Kerja Raya dan Utiliti Sabah dilaporkan sudah lebih 10 tahun mendekati serta mendalami Islam sebelum mengambil keputusan untuk memeluk agama itu atas keikhlasan hati tanpa sebarang paksaan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved