Dicas Harga Kayangan Di Sabah, Ramai Kongsi Pengalaman Sama Di Kedai Makan Seafood Ini

23 Jan 2023 • 2:02 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Sabah sememangnya Syurga Makanan Laut

Dicas Harga Kayangan Di Sabah, Ramai Kongsi Pengalaman Sama Di Kedai Makan Seafood Ini. Bila sebut sahaja makanan laut, pasti yang terlintas di fikiran korang adalah bil yang tinggi sehingga ada yang menyatakan hidangan itu hanya untuk golongan ‘kayangan’ sahaja.

Bergantung kepada tempatnya juga, di Sabah sememangnya terkenal dengan hidangan seafood yang murah berbanding di negeri lain. Mana tidaknya, mudah untuk ke laut semestinya kaya dengan hasil laut. Sebab itulah Sabah dikenali sebagai Syurga Seafood.

image is not available
Dicas Harga Kayangan Di Sabah, Ramai Kongsi Pengalaman Sama Di Kedai Makan Seafood Ini. Sumber: Facebook

Ramai juga yang terkena dengan kedai ni

Menerusi perkongsian di laman Facebook, di mana gadis ini berkongsi pengalamannya di salah sebuah kedai makan seafood di Sabah. Dan apa yang dikongsi gadis ini telah meraih perhatian netizen sekaligus, ada juga mangsa-mangsa yang terkena di kedai ini.

Dalam kongsian tersebut, gadis ini meluahkan rasa kesal terhadap servis dan juga makanan yang dihidangkan di kedai makan ini. Katanya, dirinya telah ditipu dan menerima layanan teruk di kedai makan tersebut.

image is not available
Sumber: Facebook

Dapat order yang salah, harga pun tetap sama

Difahamkan, gadis tersebut menerima makanan yang berlainan dari apa yang dipesannya. Gadis ini memesan tomyam sotong, sotong goreng tepung, sayur campur dan juga lala. Dakwa gadis tersebut dirinya menerima tomyam lain dan lala tersebut diganti dengan lokan.

Tunggu punya tunggu smpai lah order kami, sekali sampai first tengok tomyam pun salah suda..begitu juga dengan lala yang sampai bukan lah lala tapi lokan. Jadi untuk pastikan tu bukan lala aku ni makan lah satu sekali betul tu lokan bukan lala.”

Kongsian gadis tersebut telah menarik perhatian netizen, sekaligus telah menerima aduan yang sama dengan servis yang diterima di kedai makan tersebut. Rata-rata aduan tersebut telah menyatakan bahawa mereka dikenakan cas harga kayangan yang tidak masuk akal.

image is not available
Sumber: Facebook

Ada yang menyatakan mereka sampai kena cas sebanyak RM300 untuk ikan, nasi putih dan juga minuman. Satu lagi aduan di mana individu ini meminta ikan putih untuk makan dua orang, tetapi saiz hidangan yang diberi 5 orang serta dikenakan cas mahal.

Bila diteliti, rupanya ramai yang terkena dengan servis cas harga kayangan di kedai tersebut. Ada yang berpesan supaya mereka dan pelancong yang lain kena bijak memilih tempat untuk menikmati hidangan seafood di Sabah supaya tidak terkena bayaran sebegini.

Buat pekedai di luar sana, berniaga hendaklah jujur ya. Nanti tak berkat rezeki..huhu..

Lagi artikel berkaitan, anda boleh lihat pautan di bawah: