Shellout Sambil Nikmati Pemandangan Sungai Sarawak, Ketahui Jala Jala Seafood Di Kuching

21 Jan 2023 • 5:00 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Siapa di sini minat dengan Shellout? Anda wajib cuba di sini!

Shellout Sambil Nikmati Pemandangan Sungai Sarawak, Ketahui Jala Jala Seafood Di Kuching. Shellout, dengar je macam dah teruja kan? Mana tidaknya, Shellout ini merupakan satu fenomena dan menjadi trending kini di kalangan pengemar makanan laut.

Akan tetapi, kat Kuching ni tak banyak kedai yang sediakan Shellout. Jadi, teruskan membaca untuk ketahui info lanjut tentang Shellout yang menarik di Kuching ini.

image is not available
Shellout Sambil Nikmati Pemandangan Sungai Sarawak, Ketahui Jala Jala Seafood Di Kuching. Sumber: Iloveborneo

Sambil makan shellout, korang boleh menikmati pemandangan Sungai Sarawak

Jala-Jala Seafood ini merupakan kedai makan yang baharu terletak di Jalan Chan Chin Ann. Apa yang menariknya, kedai ini terletak bersebelahan dengan Sungai Sarawak. Bestnyaaa… sambil makan shellout korang juga dapat lihat pemandangan DUN.

Anda boleh pilih flavour yang menarik, antaranya Kam Heong, Curry, Tom Yum dan juga Butter. Min boleh suggestkan Kam Heong untuk anda yang gemarkan pedas Korang nak request EXTRA pedas pun bolehh.

image is not available
Sumber: Iloveborneo

Harganya pula, anda boleh pilih Basic Set (RM88-2pax/ RM168-4pax) atau Premium Set (RM388-4pax) seperti yang tertera di gambar bawah. Memang berbaloi! Dalam satu bucket tu, ada scallop, udang, kupang, sotong, kerang dan pelbagai campuran sayur-sayuranan.

image is not available
Sumber: Iloveborneo

Lokasi: Ground Floor, Lot 264, Section 49, KTLD 15, Jalan Chan Chin Ann , Kuching, Malaysia
Waktu beroperasi: Setiap hari kecuali Isnin & Cuti Umum (5.00pm – 10.00pm)

**Untuk pengetahuan anda, buat masa sekarang mereka tutup sempena Cuti Tahun Baru Cina yaa.. Dan mereka sambung beroperasi pada hari Rabu, 25 Januari 2023.

image is not available

Lagi artikel berkenaan dengan tempat makan yang menarik untuk anda baca. Lihat pautan di bawah: