Dicederakan Lepas Mahu Tinggal Berasingan, Suami Zahnita Wilson Direman 3 Hari

Entertainment
3 Dec 2024 • 11:42 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Hanya mahu keluar rumah dan tinggal berasingan, dipercayai menjadi punca pelakon dan bekas model, Zahnita Wilson menjadi mangsa keganasan rumah tangga.

Susulan itu, suaminya yang telah ditahan polis semalam diperintah reman selama tiga hari bermula Selasa hingga Khamis ini bagi membantu siasatan.

Perintah reman itu dikeluarkan oleh Majistret Tengku Eliana Tuan Kamaruzaman di Mahkamah Kuatan, lapor Sinar Harian.

Kes disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan, Seksyen 323 akta sama dan Seksyen 18 Akta Keganasan Rumah Tangga.

image is not available

Terdahulu, Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman, berkata berdasarkan siasatan awal mendapati keputusan Zahnita mahu keluar dan tinggal berasingan menyebabkan suami mangsa marah dan bertindak kasar ke atasnya.

Menurut sumber, kejadian berlaku pada jam 10 pagi 26 November lalu apabila Zahnita yang berada di kediaman di Kuantan didatangi suaminya sebelum berlaku perselisihan faham.

“Ketika itu, mangsa diugut suaminya yang ingin membunuhnya jika keluar dari rumah sebelum dicederakan,” katanya.

Laporan sebelum ini menyatakan pergaduhan antara mereka tercetus apabila Zahnita membangkitkan isu suaminya mempunyai hubungan dengan wanita lain.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.