Dicekik, Dipukul & Ditumbuk! Gadis Kongsi Pengalaman ‘Hubungan Narsistik’ Dengan Teman Lelaki, Teruk Didera Berkali-Kali

WorldEntertainment
7 Aug 2024 • 12:49 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Seorang gadis berkongsi episod hitam dilaluinya menjalinkan ‘hubungan narsistik’ bersama teman lelakinya, Justin.

Menerusi Instagram, Natalie berkata dia tidak merancang untuk tularkan kisah itu namun berubah fikiran selepas keadaan menjadi sangat buruk pada 3 Ogos lalu.

Katanya, pergaduhan mula tercetus membabitkan isu kecil dengan rakannya dan ketika itu mereka baru pulang dari sebuah majlis hari jadi dan Justin berada dalam keadaan mabuk.

Dia mula cekik saya berkali-kali, tarik rambut, tolak dan tampar saya. Penderaan itu berlaku kira-kira satu jam. Saya kemudian dapat peluang untuk lari kerana merasakan saya tidak selamat (di situ).

image is not available

 

Dah lari tapi sempat kejar

Namun, ketika dia hampir sampai ke rumahnya Justin berjaya mengekorinya dan memandu secara melulu di belakang sebelum dia berhentikan keretanya untuk menghalang Natalie.

Dia keluar dari kereta dan menengking saya kerana beredar (dari rumahnya). Dia mula menendang kereta dan pecahkan cermin untuk membuka pintu. Insiden ini berlaku jam 5 pagi.

Dia buka pintu kereta dan menendang saya, menarik rambut dan menumbuk telinga kanan, rahang, kepala dan mencekik serta menarik baju saya.

image is not available

image is not available

 

Dah banyak kali didera

Seorang individu yang lalu si situ bertanya mengapa kereta berhenti di tengah jalan dan ketika Justin bercakap dengannya, Natalie mengambil kesempatan itu untuk melarikan diri.

Kata Natalie, sepanjang mereka bersama Justin telah berlaku curang dan didera beberapa kali. Perkongsian itu bertujuan agar dapat memberi kesedaran supaya wanita lain lebih berwaspada.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Natalie Eloise (@typicallnat)

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 2 months ago

Kes Pemandu E-Hailing OKU Dipukul Pengawal Peribadi VIP Sedang Dalam Siasatan Awal Polis