Gadis Ini Kongsi Pengalaman ‘Hubungan Narsistik’ Dengan Teman Lelaki Undang Perhatian Ramai

Entertainment
7 Aug 2024 • 1:31 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Seorang gadis mendedahkan yang dia menjalinkan ‘hubungan narsistik’ bersama teman lelakinya bernama Justin menerusi Instagram miliknya sendiri telah mengundang perhatian ramai.

Gadis yang dikenali sebagai Natalie itu juga berkata ada satu kejadian yang sangat buruk telah berlaku pada 3 Ogos lepas buatkan dia ambil keputusan untuk tularkan kisah ini.

Dia mula cekik saya berkali-kali, tarik rambut, tolak dan tampar saya. Penderaan itu berlaku kira-kira satu jam. Saya kemudian dapat peluang untuk lari kerana merasakan saya tidak selamat (di situ).

Justin pada waktu itu mengekori dari belakang sebelum terus memberhentikan kereta Natalie di depan untuk menghalangnya. 

Dia keluar dari kereta dan menengking saya kerana beredar (dari rumahnya). Dia mula menendang kereta dan pecahkan cermin untuk membuka pintu. Insiden ini berlaku jam 5 pagi.Dia buka pintu kereta dan menendang saya, menarik rambut dan menumbuk telinga kanan, rahang, kepala dan mencekik serta menarik baju saya.

Nasiblah ketika itu seorang individu ada di situ dan bertanya kepada Justin kenapa berhentikan kereta di tengah jalan. Natalie terus ambil peluang untuk melarikan diri.

Kata Natalie, sepanjang mereka bersama Justin telah berlaku curang dan didera beberapa kali. Perkongsian itu bertujuan agar dapat memberi kesedaran supaya wanita lain lebih berwaspada.

image is not available

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: Instagram @typicallnat


Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved