Dicekup tengah khayal dadah atas bot

LocalPolitics
24 Oct 2024 • 6:58 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Antara kru bot nelayan tempatan yang dicekup positif dadah. Foto Maritim Zon Mersing

image is not available
Antara kru bot nelayan tempatan yang dicekup positif dadah. Foto Maritim Zon Mersing

image is not available
Bot yang dipercayai dijadikan tempat menagih dadah di tengah laut. Foto Maritim Zon Mersing

MERSING - Keasyikan lapan kru bot nelayan tempatan melayan rasa khayal di laut mengundang padah apabila kesemua mereka dicekup Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim) Zon Maritim Mersing sekitar jam 3 pagi Rabu.

Menurut Pengarah Zon Maritim Mersing, Komander Maritim Suhaizan Saadin kesemua suspek ditahan sempena Op Kaksa dan Op Tiris yang dijalankan di perairan Mersing.

"Kesemua individu melibatkan tujuh warga tempatan dan seorang warga Indonesia berusia lingkungan 37 hingga 55 tahun itu merupakan kru tiga vesel nelayan tempatan.

"Hasil ujian saringan air kencing mendapati mereka positif dadah jenis Methamphetamine, Amphetamine serta Morfin.

"Kesemua mereka kemudiannya dibawa ke Zon Maritim Mersing untuk tindakan lanjut," katanya.

Kes disiasat bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan jika disabitkan kesalahan boleh didenda RM 5,000 atau dikenakan hukuman penjara selama tempoh tidak lebih dua tahun.

Sementara itu, Suhaizan menegaskan, operasi seumpama itu akan terus dilaksanakan dari semasa ke semasa dalam usaha mencegah sebarang aktiviti yang menyalahi undang-undang.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved