Didakwa 11 Tuduhan Termasuk Gangguan Seksual, Kes Ebit Lew Bakal Dibicarakan Di Tenom Sabah

29 Aug 2022 • 2:37 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Kes gangguan seksual melibatkan pendakwah bakal dibicarakan di Mahkamah Majistret Tenom, Sabah

Didakwa 11 Tuduhan Termasuk Gangguan Seksual, Kes Ebit Lew Bakal Dibicarakan Di Tenom Sabah. Telah dilaporkan bahawa pendakwah Malaysia, Ebit Irawan bin Ibrahim Lew atau lebih dikenali sebagai Ebit Lew telah menghadapi sebanyak 11 pertuduhan ke atas beliau.

Menurut kenyataan Ketua Ketua Komunikasi Korporat PDRM ACP A Skandaguru, perbicaraan akan diadakan dari 27 hingga 30 September di Mahkamah Majistret Tenom di Sabah.

image is not available
Didakwa 11 Tuduhan Termasuk Gangguan Seksual, Kes Ebit Lew Bakal Dibicarakan Di Tenom Sabah. Sumber gambar:bharian

Difahamkan gangguan seksual terhadap mangsa di Tenom

Menurut PDRM pendakwah tersebut telah didakwa 11 pertuduhan termasuk tuduhan gangguan seksual. Pertuduhan terhadap pendakwah berusia 37 tahun itu difailkan mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan.

Dia berdepan hukuman penjara sehingga lima tahun, denda, atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Abdul Jalil Hassan, Ebit didakwa menghantar teks dan gambar lucah melalui WhatsApp kepada seorang wanita Melayu antara Mac dan Julai tahun lalu.

image is not available
Sumber gambar: Utusan

UEL mengaku tidak bersalah pada bulan Februari

Berikutan beberapa laporan yang mendakwa pendakwah itu difahamkan bahawa Ebit melakukan gangguan seksual terhadap seorang wanita di Tenom antara Mac dan Julai tahun lalu.

Walaupun bagaimanapun pada bulan Februari, Ebit mengaku tidak bersalah atas 11 pertuduhan itu.

image is not available
Sumber gambar: Mstar

Selepas dibebaskan dengan ikat jamin, Ebit mendakwa orang ramai cuba memburukkan imej dan kredibilitinya sebagai pekerja amal dan pertuduhan itu adalah ‘fitnah dan tuduhan melampau’. Katanya, tuduhan itu tidak berasas dan dicipta dengan motif tersembunyi untuk merosakkan kredibilitinya.

Premier Sarawak telah umum BKSS 9.0 pagi tadi, berikut adalah 5 jenis diskaun yang diberikan. Baca pautan di bawah: