Didakwa ‘Buat’ Hidung Nak Nampak Mancung, Scha Elinnea ‘No Komen’ - “Saya Ke Klinik Kerana…”

17 Apr 2025 • 8:25 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Pelakon, Scha Elinnea menafikan dakwaan dirinya melakukan pembedahan plastik bagi memancungkan bahagian hidungnya.
 

No komen fasal hidung

 


Sebaliknya Scha menjelaskan tujuan dirinya ke klinik tersebut adalah bagi menjalani rawatan Tumpuan Ultrabunyi Berkeamatan Tinggi (HIFU).


 

“‘No comment’ sebab saya tak tahu apa-apa mengenai video itu.
 
“Saya ke klinik tersebut kerana buat HIFU, rawatan untuk bentukkan rahang saya dan itu bukanlah satu pembedahan.

 


“Saya buat pun untuk hilangkan lemak-lemak. Banyak kali juga buat (prosedur) kerana ia menggunakan mesin,” ujarnya.


 


Scha berkongsi perkara tersebut ketika ditemui OhBulan! pada Majlis Raya Aidil-Fit-Rizz iQIYI 2025 bertempat di EQ Hotel, Kuala Lumpur pada Selasa.


 

Pandangan masing-masing

 


Ketika ditanya pendapatnya mengenai jalan pintas untuk kelihatan cantik, Scha bagaimanapun berkata setiap orang mempunyai pandangan masing-masing dan dia enggan memberikan sebarang komen.


 

“Lain orang, lain pemikiran. Tapi lakukan saja cara yang boleh buat kamu bertambah yakin dan merasa senang dengan diri sendiri,” ujarnya.

 


Terdahulu, pada Jun tahun lalu, Scha mengaku membuat perubahan pada bahagian muka bagi memiliki wajah yang sempurna.


 


Kata Scha, perubahan tersebut dilakukan bagi meningkatkan keyakinan diri, lebih-lebih lagi untuk beraksi di hadapan kamera.


 


 

View Original Article