Didakwa Buli Junior Hingga Berhenti Sekolah, Enam ‘Senior’ Asrama Ditahan Polis

28 Jun 2026 • 4:26 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Enam pelajar lelaki berusia 17 tahun ditahan polis awal pagi tadi kerana disyaki terbabit dalam kes buli membabitkan seorang pelajar junior di sebuah sekolah di Muar yang dipercayai berlaku pada Mei lalu.

Kesemua suspek ditahan di sekitar Muar & Alor Gajah

Memetik kenyataan daripada Ketua Polis Johor, Datuk Ab Rahaman Arsad menyatakan, kesemua suspek ditahan di sekitar Muar, Johor dan Alor Gajah, Melaka antara jam 1.30 hingga 2.12 pagi susulan laporan polis yang dibuat pada jam 5 petang semalam oleh mangsa berusia 14 tahun.

Menurut beliau, kejadian dipercayai berlaku selepas mangsa menghisap vape yang diperoleh daripada seorang pelajar lain.

“Mangsa dipercayai dipukul di bahagian dada serta dipaksa menyerahkan wang kepada suspek yang juga pelajar senior di sekolah itu.
“Mangsa juga mengadu mengalami lebam di bahagian mata kerana dihantuk dengan kepala.
“Akibat kejadian itu, mangsa mengalami tekanan emosi dan trauma menyebabkan mangsa mengambil keputusan untuk berhenti sekolah,” katanya dalam satu kenyataan.

Image from: Didakwa Buli Junior Hingga Berhenti Sekolah, Enam ‘Senior’ Asrama Ditahan Polis

Beliau menambah, kes disiasat mengikut Seksyen 507B Kanun Keseksaan kerana menyebabkan gangguan, ketakutan atau kebimbangan serta Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan.

Dalam masa sama, polis turut menyiasat kemungkinan berlaku unsur pengabaian di pihak warden asrama dan pihak sekolah memandangkan kejadian didakwa berlaku di dalam kawasan asrama sekolah.

Siasatan turut dijalankan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 iaitu berkaitan penganiayaan, pengabaian, pembuangan atau pendedahan kanak-kanak.

Menurut Ab Rahaman, semakan mendapati kesemua suspek tidak mempunyai rekod jenayah lampau dan mereka direman selama dua hari sehingga esok bagi membantu siasatan.

“Polis memandang serius kejadian buli yang berlaku di sekolah dan akan menjalankan siasatan secara telus dan adil dari semua sudut,” katanya.

Image from: Didakwa Buli Junior Hingga Berhenti Sekolah, Enam ‘Senior’ Asrama Ditahan Polis

The post Didakwa Buli Junior Hingga Berhenti Sekolah, Enam ‘Senior’ Asrama Ditahan Polis appeared first on Borak Daily.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved