Dua lelaki rempuh tiga kenderaan direman lima hari

28 Jun 2026 • 8:30 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

Dua lelaki rempuh tiga kenderaan direman lima hari

KUALA LUMPUR, 28 JUN: Dua lelaki yang ditahan bersama dadah selepas kereta dinaiki mereka merempuh tiga kenderaan ketika dikejar polis di Jalan Kuching, di sini pada Jumaat direman lima hari hingga 1 Julai bagi membantu siasatan.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Fadil Marsus berkata siasatan awal mendapati dadah disyaki heroin seberat 19.63 gram yang ditemukan dalam kenderaan dinaiki kedua-dua lelaki itu dipercayai untuk kegunaan sendiri.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 15(1)(a) akta sama. Siasatan lanjut masih dijalankan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sebelum ini dilaporkan kedua-dua suspek, iaitu pemandu berusia 40 tahun dan penumpang, 42, cuba melarikan diri daripada pemeriksaan polis.

Ketika dikejar polis, pemandu kenderaan itu yang memandu secara berbahaya hilang kawalan lalu merempuh tiga kenderaan lain yang berhenti akibat kesesakan lalu lintas dan kejadian tersebut turut tular di media sosial.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved