
Kota Kinabalu: Seorang bekas pemain ragbi Sabah yang didakwa membunuh adik perempuannya dua tahun lalu, akan dibicarakan pada 7-11 Julai tahun ini.
Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Dr Lim Hock Leng menetapkan tarikh itu bagi Arden Mattson Maturin, 29, apabila kesnya dikemukakan untuk sebutan bagi menetapkan tarikh perbicaraan pada Rabu.
AdvertisementArden didakwa membunuh Audrey Maturin, 24, antara jam 3.30 petang dan 4.30 petang pada 4 Mei 2023, di sebuah rumah di Taman Prestij, Jalan Signal Hill.
Pertuduhan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan itu memperuntukkan hukuman mati, atau penjara antara 30 hingga 40 tahun, dan sekurang-kurangnya 12 sebatan, jika sabit kesalahan.
SPONSORED CONTENT How Spritzer’s silica rich natural mineral water makes your skin healthier When it comes to skincare, the first thought on our minds would be beauty products such as serums, creams, and masks. However, beauty experts and even researchers have stated that drinking more water can be just as crucial for your skin's health. Read more Arden ditahan reman lanjut sementara menunggu pelupusan kesnya kerana pertuduhan terhadapnya tidak boleh diikat jamin.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Lovely Natasha Charles manakala Arden diwakili peguam Julhamri Jumhani.
AdvertisementDi mahkamah lain, seorang warga Filipina yang didakwa mengedar 57.52 gram syabu, akan disebut kesnya pada 4 Feb tahun ini.
Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Celestina Stuel Galid menetapkan tarikh itu bagi Al Kaidal Bagin untuk pengakuannya direkodkan sementara menunggu ketersediaan jurubahasa Suluk.
Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});Dia didakwa mengedar dadah itu pada 12.50 tengah hari 15 Mei 2024 di tangga bangunan kedai berhampiran Restoran Jannath Food Corner di Bandar Sierra, Manggatal, dekat sini.
Al Kaidal, yang tidak diwakili, diperintahkan direman lanjut sementara menunggu tarikh tersebut.

