Didakwa culas? Shuk Sahar tunjuk resit bayar -“Alhamdulillah masih mampu bagi rezeki pada anak”

LocalFamily & Parenting
3 Nov 2026 • 7:46 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Pelawak Shuk Sahar tampil memberikan respons terhadap dakwaan bekas isterinya, Fara Salleh berhubung isu perbelanjaan anak mereka, Nada, dengan berkongsi beberapa bukti pemindahan wang menerusi Instagram Story.

Shuk atau nama sebenarnya Shukri Sahar memuat naik empat tangkap layar transaksi berjumlah RM1,000 setiap satu, masing-masing bertarikh 5 Ogos, 1 September, 5 Oktober dan 2 November 2026.

“Alhamdulillah masih mampu bagi rezeki pada anak. Ini yang termampu. Ada dua lagi anak tau,” tulisnya.

Image from: Didakwa culas? Shuk Sahar tunjuk resit bayar -“Alhamdulillah masih mampu bagi rezeki pada anak”

Perkongsian tersebut dibuat susulan luahan Fara yang sebelum ini mendakwa bekas suaminya culas membantu menanggung perbelanjaan anak mereka.

Fara menerusi Instagram Story meminta Shuk menjelaskan bayaran pendaftaran tahunan taska Nada sebanyak RM1,540 memandangkan pusat jagaan terdahulu bakal ditutup.

Menurutnya, bayaran tersebut perlu diselesaikan segera bagi memastikan anak mereka mendapat tempat di taska baharu, sekali gus memudahkannya keluar bekerja.

Fara turut mendakwa selama ini dia menanggung sendiri perbelanjaan harian Nada termasuk makanan, pakaian dan rawatan perubatan.

Selain itu, dia membangkitkan isu aqiqah anak mereka yang didakwa masih belum diselesaikan sejak Ogos lalu.

“Bulan 8 aku ada text kau untuk aqiqah Nada… kau kata takde modal. Now dah bulan 11 masih takde modal untuk aqiqah anak? Dah tak mampu ke nafkahkan Nada? Aku jaga Nada 24/7 without failed… Your part aku minta settlekan yuran tahunan Nada jeee En Shukri,” luahnya.

Image from: Didakwa culas? Shuk Sahar tunjuk resit bayar -“Alhamdulillah masih mampu bagi rezeki pada anak”

Fara turut menyatakan kesediaan untuk berkongsi separuh kos aqiqah sekiranya Shuk bersetuju menanggung bahagiannya.

Bagaimanapun, Shuk tidak memperincikan tujuan setiap transaksi yang dikongsikan atau sama ada pembayaran tersebut melibatkan yuran taska yang dituntut bekas isterinya.

Sumber: IG Shuk Sahar

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved