“Nada sakit demam sesen pun kau tak bagi” – Bekas Isteri Minta Shuk Sahar Bayar Yuran Taska Anak

LocalFamily & Parenting
3 Nov 2026 • 5:16 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

ft fara salleh

Bekas isteri kepada pelawak, Shuk Sahar iaitu Fara Salleh tampil meluahkan rasa kesal berhubung sikap bekas suaminya yang didakwa culas membantu menanggung perbelanjaan anak mereka, Nada.

Menerusi perkongsian di Instagram Story, dia mendedahkan mesej terbuka yang ditujukan terus kepada Shukri Sahar bagi meminta bayaran pendaftaran tahunan taska anak mereka berjumlah RM1,540.

Menurutnya, pendaftaran perlu diselesaikan segera kerana bimbang tempat di taska berkenaan penuh memandangkan premis asuhan terdahulu bakal ditutup. Tambahan pula, taska tersebut disifatkan antara yang paling berpatutan kosnya di kawasan sekitar.

Fara Salleh turut menegaskan bahawa tuntutan itu bukan untuk bersuka-ria atau bercuti, sebaliknya keperluan mendesak agar anaknya mempunyai tempat jagaan semasa dia keluar mencari rezeki.

Selama ini, segala kos keperluan asas seperti perubatan, pakaian serta makan minum anak ditanggung sepenuhnya oleh dirinya sendiri tanpa sebarang rungutan.

IMG 5904

Modal Aqiqah yang tertangguh

IMG 5905

Selain isu pendaftaran taska, dia turut mendedahkan tangkap layar perbualan WhatsApp bersama Shuk berhubung urusan aqiqah anak mereka.

“Bulan 8 aku ada text kau untuk aqiqah Nada… kau kata takde modal. Now dah bulan 11 masih takde modal untuk aqiqah anak? Dah tak mampu ke nafkahkan Nada? Aku jaga Nada 24/7 without failed… Your part aku minta settlekan yuran tahunan Nada jeee En Shukri,” luahnya lagi.

Fara juga menyatakan kesediaan untuk berkongsi separuh daripada perbelanjaan aqiqah tersebut sekiranya pihak bekas suami bersedia menghulurkan bahagiannya.

Sumber: Instagram

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved