Didakwa Curi Mangkuk Tandas Bersalut Emas, Empat Lelaki Hadapi Pertuduhan Di Mahkamah

7 Nov 2023 • 7:01 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

image is not available

Didakwa Curi Mangkuk Tandas Bersalut Emas, Empat Lelaki Hadapi Pertuduhan Di Mahkamah

UNITED KINGDOM — Empat lelaki berdepan pertuduhan mencuri mangkuk tandas bersalut emas dari Istana Blenheim di Woodstock berhampiran Oxford, lapor AFP.

Difahamkan, mangkuk tandas yang bernilai sekitar RM27.6 juta (£4.8 juta) tersebut dilaporkan telah hilang dalam satu kejadian sejak September 2019.

Menurut Crown Prosecution Service (CPS), kesemua tertuduh yang berumur lingkungan 35 hingga 39 tahun diperintahkan untuk hadir di mahkamah di Oxford pada 28 November nanti.

Tertuduh, 39, didakwa atas satu pertuduhan pecah rumah dan satu pertuduhan bersubahat untuk memindahkan harta jenayah. Manakala seorang lagi lelaki berusia 38 tahun berdepan dengan pertuduhan pecah rumah.

Kata CPS, dua lagi lelaki masing-masing berusia 35 dan 39 tahun disabitkan atas pertuduhan bersubahat dengan pemindahan harta jenayah.

Dalam pada itu, polis British berkata kesemua pencuri terbabit dipercayai menceroboh masuk ke Istana Blenheim sewaktu rumah agam itu tidak beroperasi.

Kesemua mereka bertindak memecahkan paipnya sehingga mengakibatkan kerosakan dan banjir.

image is not available
Gambar: WILLIAM EDWARDS/AFP

Sebelum ini, mangkuk tandas tersebut menjadi salah satu tarikan pameran oleh artis Itali, Maurizio Cattelan di istana tersebut yang juga rumah kepada Duke Marlborough.

Rumah agam yang dibina pada abad ke-18 itu juga merupakan salah satu tapak Warisan Dunia UNESCO.

Difahamkan lebih daripada 100,000 orang sepanjang tahun berpeluang menggunakannya ketika dipamerkan di Muzium Guggenheim New York.

Mangkuk Tandas Emas Jadi Perhatian Ramai

Terdahulu, sebuah mangkuk tandas mewah bernilai kira-kira £ 999,497 (RM 5,329,813.00) dilaporkan menjadi perhatian ramai, lapor Daily Mail.

Difahamkan, ‘tempat pelepas’ itu dilengkapi dengan ciri kalis peluru serta bertatahkan lebih daripada 40 ribu butir berlian telah dipamerkan di ekspo perdagangan yang berlangsung di Shanghai.

Mangkuk tandas yang berwarna keemasan itu disaluti oleh emas Coronet, sebuah syarikat barangan perhiasan Hong Kong, Aaron Shum.

Menurut penghiasnya, jamban tersebut diperbuat daripada kaca kalis peluru serta turut dilengkapi dengan 40.815 butir berlian yang seberat 334.68 karat.

Sumber: AFP