Didakwa Curi Telur Untuk Anak, Polis Tampil Bantu Wanita Beli Barang Keperluan

21 Sep 2023 • 9:36 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Tak sanggup nak biar anak kebuluran, seorang wanita yang berusia 44 tahun bertindak mencuri telur di sebuah pasar mini namun, telah berjaya ditahan oleh pihak berkuasa.

Menurut laporan Detik News, difahamkan kejadian berlaku itu di Pondok Aren, Kota Tangerang Selatan di Banten, Indonesia.

“Ketika soal siasat, suspek nekad mencuri telur untuk memenuhi keperluan makanannya sekeluarga pada hari itu,” kata Ketua Polis Pondok Aren, Komisioner Bambang Askar Sodiq.

image is not available

Tambah beliau lagi, pihaknya menerima laporan daripada pasar mini mengenai kejadian yang berlaku. Bagaimanapun, Inspektor Samsul Hairudin mendedahkan mereka telah cuba untuk menyelesaikan masalah itu dengan cara baik.

Apa yang lebih mengharukan, polis telah membayar telur yang dicuri oleh wanita terbabit malah meminta pihak pasar mini supaya tidak memburukkan lagi keadaan.

image is not available

Gambar hiasan

Bukan itu sahaja, dia turut mengakui berasa sebak dengan apa yang berlaku memandangkan wanita tersebut mempunyai masalah kewangan yang memerlukan keperluan makanan.

“Si ibu mencuri untuk keperluan harian untuk hidup. Saya pesan kepada anggota supaya membeli keperluan asas dan telur untuk dia dan anak-anaknya,” ujarnya.

Sumber: Detik News (Wildan Noviansah)