Tiga pelajar ditahan pukul remaja didakwa ganggu teman wanita

25 Jul 2026 • 10:19 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Tiga pelajar ditahan pukul remaja didakwa ganggu teman wanita

PETALING JAYA: Tiga pelajar lelaki ditahan selepas disyaki memukul seorang remaja di kawasan tangga Flat Sri Nilam, Ampang kerana didakwa mengganggu teman wanita salah seorang suspek.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Khairul Anuar Khalid berkata, pihaknya mengesan video kejadian itu yang tular di Facebook hari ini.

Katanya, dalam kejadian kira-kira pukul 12.31 tengah hari semalam, mangsa dibawa ke bawah tangga sebuah blok di flat berkenaan oleh seorang pelajar lelaki sebelum dipukul tiga suspek.

“Suspek menampar muka dan menendang badan mangsa. Motif kejadian dipercayai kerana mangsa didakwa mengganggu teman wanita salah seorang suspek,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut beliau, kejadian itu dirakam seorang pelajar lelaki sebelum disebarkan dalam kumpulan WhatsApp.

“Susulan itu, ketiga-tiga suspek telah ditahan dan kes disiasat mengikut Seksyen 147 dan Seksyen 507B Kanun Keseksaan,” katanya.

Terdahulu, video memaparkan seorang pelajar dipukul beberapa pelajar lain tular di media sosial. Berdasarkan rakaman itu, beberapa pelajar lain berada di lokasi dan ada yang cuba meleraikan pergaduhan serta menghalang suspek terus menyerang mangsa.

The post Tiga pelajar ditahan pukul remaja didakwa ganggu teman wanita appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved