Didakwa Gila 'Glamour', Rebecca Nur Al-Islam Bidas Isteri Aliff Syukri - “Adakah Makcik Ini Bodoh Atau Bercakap Tak Menggunakan Akal?”

20 Apr 2025 • 5:55 AM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Pelakon, Datin Rebecca Nur Al-Islam menafikan dakwaan mencari publisiti murahan apabila dikatakan kerap memuat naik gambar abangnya bersama isteri baharu iaitu usahawan, Rozita Ibrahim.
 

Mahu bersihkan nama, dakwaan gila glamour

Tidak berniat untuk mengeruhkan keadaan, Rebecca berkata dia harus memberikan penjelasan untuk membersihkan nama baiknya dari dakwaan individu tersebut.

Walaupun tidak menyebut secara spesifik nama individu berkenaan, namun suara di dalam rakaman yang didengarkan kepada umum menerusi video yang dimuat naik di platform media sosialnya jelas milik isteri usahawan kosmetik, Datuk Aliff Syukri iaitu Datin Shahida.

“Saya kena menegaskan untuk membuat keterangan demi menjaga maruah nama saya dan juga keluarga.

“Penerangan ini disebabkan saya rasa nama saya tercalar disebabkan mulut makcik inilah. Sebagai seorang adik, kami amat berbangga untuk menerima kedatangan orang baru dalam keluarga.

“Jadi saya rasa tak jadi masalah untuk kita kongsikan gambar atau apa sahaja yang mungkin makcik ni tak puas hatilah.

“Apa yang makcik ni cakap tentang saya mencari publisiti murahan, gila publisiti. Hello makcik saya nak tanya dengan makcik, saya dari umur 17, 18 tahun orang dah kenal. Saya dikenali atas kaki saya sendiri.

“Saya tak cari publisiti murahan, itu adalah abang yang menjaga saya daripada kecil. Kita bukan keluarga senang, biasa biasa sahaja.

“Tak macam dia yang kahwin dengan orang senang, jadi mungkin mudah untuk dia bercakap,” ujarnya.

 

Status sebagai adik ipar

Menerusi hantaran yang sama, Rebecca juga menyatakan rasa geram apabila dikatakan tiada kaitan dengan Rozita sedangkan statusnya adalah sebagai adik ipar kepada wanita itu.

“Salah satu benda yang dia cakap dekat sini saya ini tiada kena mengena. Adakah makcik ini bodoh atau pun bercakap tidak menggunakan akal? 

“Saya rasa makcik ini ada bodoh jugalah sebenarnya. Adakah dia cakap saya ini tak ada kena mengena. Kalau saya tak ada kena mengena untuk apa saya bercakap?

“Saya bukan posting sesuatu gambar tanpa minta izin keluarga atau pun sesuka hati saya. Yang saya tahu, saya serta keluarga sangat sangat bangga, mak saya bangga terima menantu, saya bangga terima kakak ipar sebabnya abang yang kahwin ini adalah abang pertama kami. 

“Kami adik beradik sangat rapat antara satu sama lain dan penyayang, okay makcik? Saya tak tahu keluarga makcik macam mana tapi kami seperti itu.

“Saya tak pernah keluarkan kenyataan yang merepek repek, saya hanya post gambar keluarga, apa salahnya? Apa masalah makcik?

“Makcik kata saya gila glamour, apa benda yang saya mencari publisiti murahnnya? 

“Saya rasa makcik ni bodoh sebab apa, makcik kata saya tak ada kena mengena, padahal makcik yang tak ada kena mengena sebab makcik hanya menantu, saya pula adik beradik. Faham makcik?,” tegasnya.
image is not available

Terdahulu, timbul dakwaan mengata Rozita sudah berkahwin dengan abang kepada pelakon Rebecca Nur AI Islam.

Lebih menguatkan dakwaan apabila Rebecca menyapa Rozita dengan panggilan ‘kakak iparku’ dalam satu sesi siaran langsung.

Tidak hanya itu, turut tular video memperlihatkan Rozita berpimpin tangan dengan seorang lelaki berkumis didakwa suami baharunya yang juga abang kepada Rebecca.

Kemudian, anak kepada Rozita iaitu Ain mengesahkan ibunya telah berkahwin lain namun enggan mendedahkan punca perpisahan usahawan itu dengan suami terdahulu.