Didakwa Hasilkan Konten Berbentuk LGBT, Imran Bard Mohon Maaf - “Tuduhan Saya Yang Sangat Berat”

11 Feb 2025 • 11:27 AM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Pempengaruh, Imran Bard membuat permohonan maaf kepada semua pihak yang tersinggung selepas didakwa menghasilkan kandungan media sosial berunsurkan LGBT.


Mengakui kesilapan, mohon maaf

Mengakui kesilapannya menghasilkan kandungan tersebut berdasarkan rujukan barat tanpa mempertimbangkan sensitiviti serta adat dan budaya Melayu, Imran berjanji akan lebih peka dalam pemilihan konten selepas ini.


 

“Imran ingin memohon maaf kepada semua pihak yang tersinggung dengan kandungan yang Imran kongsikan baru-baru ini.
 
“Tuduhan bahawa Imran menormalisasikan isu LGBT adalah sesuatu yang sangat berat. Imran akui kesilapan kerana menghasilkan kandungan tersebut berdasarkan rujukan barat tanpa mempertimbangkan sensitiviti serta adat dan budaya Melayu pada ketika itu. 

 


“Imran amat kesal jika perkara ini telah mengecewakan mana-mana pihak.


 


“Imran mengambil maklum setiap teguran yang diberikan dan akan berusaha untuk lebih peka serta bertanggungjawab dalam menghasilkan kandungan pada masa akan datang. Terima kasih atas nasihat dan pandangan yang diberikan,” tulisnya menerusi ciapan di X.


Ada sebab ambil masa untuk mohon maaf

Jelas Imran lagi, dia mengambil masa untuk memuat nak hantaran itu kerana enggan dilihat sebagai individu yang meminta maaf kemudian mengulangi perbuatannya.


 

“Saya betul-betul nak minta maaf dan sejujurnya ia mengambil masa sebab saya tidak mahu dilihat sebagai seseorang yang buat salah, minta maaf, selepas itu  lagi.
 
“Saya tahu saya akan membuat kesilapan lain di masa akan datang tetapi satu perkara yang saya boleh janji, ia tidak akan menjadi kesilapan yang sama.

 


“Saya sangat menghargai semua nasihat dan maklum balas, saya janji akan gunakannya dengan baik sebagai panduan di masa akan datang,” coretnya.


 


Terdahulu, tular tangkap layar menunjukkan Imran melakukan aksi mesra dengan seorang lelaki ketika memasak.


 


Selain berpegangan tangan, Imran dilihat berpelukan dengan lelaki berkenaan.


 


Perkongsian Imran mengundang kecaman netizen yang rata-ratanya menyifatkan tindakannya itu keterlaluan.