
Segala tindak tanduk anak pelakon Kazar Saisi iaitu Ira Kazar, menjadi perhatian selepas namanya dikaitkan dengan konflik rumah tangga pasangan Puteri Sarah dan Syamsul Yusof.
Bukan setakat Ira, tingkah laku ahli keluarganya turut menjadi perhatian masyarakat lebih-lebih lagi apabila mereka dikatakan masuk campur dalam isu panas adiknya.

Terbaru, mahkamah membenarkan permohonan pelakon Puteri Sarah (isteri pertama) untuk memulakan prosiding menghina mahkamah terhadap Ira atau nama sebenarnya Faghira Fatini Kazaruddin, kakaknya Yasmin dan bapanya, Kazaruddin Saisi.
Ira, bapa dan kakaknya didakwa mengingkari perintah injuksi yang dikeluarkan terhadap mereka pada Julai tahun lalu dan perlu menjawab kepada Mahkamah Sesyen.


Lapor Berita Harian, pelakon Puteri Sarah pada 4 Julai tahun lalu menghalang Ira dan sesiapa yang ada kaitan dengannya daripada menjejaskan ketenteraman dan kedamaian Puteri Sarah dan keluarganya serta keluarga mentuanya termasuk suaminya.
Namun, perkongsian terbaru adik beradik Ira Kazar dilihat seperti tak terkesan dengan prosiding mahkamah tersebut.


Story dimuat naik oleh Yasmin menunjukkan mereka sedang ‘seronok’ keluar berjalan-jalan di sebuah pusat beli belah dan ia pasti meraih perhatian netizen.
Kredit: Beautifulnara | Berita Harian

