“Kau ingat dia kaya?” – Keluarga Ira Kazar Tuduh Datuk Yusof Haslam Bayarkan Peguam Puteri Sarah?

Entertainment
10 Feb 2023 • 5:18 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Nampaknya kemelut Puteri Sarah dan Syamsul Yusof masih belum reda, terbaru pelakon wanita itu berkongsi dalam Instagram story miliknya memberitahu ada ahli keluarga kepada madunya, Ira Kazar melemparkan satu tuduhan terhadapnya.

Individu berkenaan berkata khidmat guaman Puteri Sarah ditanggung oleh bapa mertuanya Datuk Yusof Haslam.

‘Screenshot’ berkenaan menunjukkan mesej individu yang dikatakan abang kepada Ira iaitu Naem Kazar dengan seorang pengguna Instagram lain.

 

image is not available

Pun begitu, dalam hantaran seterusnya, Puteri Sarah memberitahu dia merasa bingung dengan perkara tersebut dan dia menolak kenyataan individu berkenaan malah memberitahu dia bekerja keras bagi mencari rezeki.

image is not available

“Senang-senang je belah sana bercerita kata lawyer I Syamsul dengan ayah mertua yang bayar, Are you sure?

Kalau tak puas hati cakap dengan peguam saya, mula-mula bapak lepastu kakak, ni abang pulak,” tulisnya.

Dalam IG story seterusnya, Puteri Sarah memuat naik gambar menara Burj Khalifa dan memberitahu dia akan pulang ke Malaysia tidak lama lagi dan berharap krisisnya dengan keluarga madunya itu akan diselesaikan di mahkamah.

image is not available

Fuh, makin complicated ni!

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.