Didakwa Jadi Pembuli Ketika Umur 10 Tahun, Pelakon Wanita Buat Laporan Polis – “Saya Terima Banyak Kecaman, Tohmahan”

LocalEntertainment
4 Jul 2026 • 10:00 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

Pelakon Sera Melissa tampil membuat laporan polis susulan dakwaan tular di media sosial yang mengaitkan dirinya dengan insiden membuli seorang individu ketika berusia sekitar 10 tahun.

Menerusi satu perkongsian di Instagram, pelakon berusia 27 tahun itu berkata hantaran yang tular di Threads baru-baru ini menyebabkan dirinya menerima pelbagai kecaman selain maklumat peribadinya tersebar kepada umum.

Advertisement
View this post on Instagram

Menurut pelakon drama Hilang Dalam Rindu itu, laporan polis dibuat bagi membolehkan pihak berkuasa menjalankan siasatan mengikut saluran undang-undang.

“Merujuk kepada perkara yang tular di media sosial pada 2 Julai 2026 melalui satu hantaran di aplikasi Threads yang mendakwa saya merupakan seorang pembuli ketika berusia 10 tahun.

“Hantaran tersebut turut menyebut nama watak serta tarikh lahir saya, sekali gus menyebabkan orang ramai mengaitkan dakwaan itu dengan diri saya.

buli sara melissa

“Susulan hantaran berkenaan, saya telah menerima pelbagai tohmahan dan kecaman.

“Saya memandang serius perkara ini.”

Sera turut memaklumkan bahawa dia bersedia memberikan kerjasama sepenuhnya sekiranya individu yang membuat dakwaan itu mengesahkan bahawa hantaran berkenaan sememangnya merujuk kepadanya.

“Sekiranya individu berkenaan benar-benar merujuk kepada saya, saya bersedia untuk memberikan kerjasama sepenuhnya serta mendapatkan penjelasan melalui saluran yang sewajarnya.”

Dalam pada itu, Sera berharap orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi sehingga siasatan selesai dijalankan.

View this post on Instagram

“Saya menghormati proses undang-undang dan percaya bahawa kebenaran akan ditentukan melalui saluran yang sewajarnya.

“Sementara itu, saya berharap semua pihak dapat mengelakkan sebarang spekulasi atau membuat kesimpulan tanpa fakta yang sahih sehingga siasatan selesai.”

Terdahulu, tular satu hantaran di Threads daripada seorang individu yang tidak mendedahkan identitinya, mendakwa pernah menjadi mangsa buli dan ugutan oleh seorang pelakon wanita ketika mereka masih kanak-kanak.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Image from: Didakwa Jadi Pembuli Ketika Umur 10 Tahun, Pelakon Wanita Buat Laporan Polis – “Saya Terima Banyak Kecaman, Tohmahan”2026-07-03 10:46:06

"Tak Payah Beriya Sangat Nak Tunjuk Bapa Mithali Tu" - Abby Abadi Respon Hantaran Norman Hakim, Anggap Tiada 'Common Sense'

The post Didakwa Jadi Pembuli Ketika Umur 10 Tahun, Pelakon Wanita Buat Laporan Polis – “Saya Terima Banyak Kecaman, Tohmahan” first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved