Lelaki hilang ketika seberang sungai ditemukan lemas

3 Jul 2026 • 3:49 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

Lelaki hilang ketika seberang sungai ditemukan lemas

KOTA BELUD: Seorang lelaki berusia 25 tahun yang dilaporkan hilang ketika menyeberangi sungai di Kampung Lebak Engad, di sini, Rabu lepas, ditemukan lemas pada Khamis.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Belud, Elge Bakuk berkata, pihak bomba menerima panggilan kecemasan pada jam 1.18 tengah hari Rabu sebelum sepasukan anggota dikerah ke lokasi kejadian.  Katanya, mangsa ditemui selepas dua hari operasi mencari dan menyelamat (SAR) dijalankan bersama beberapa agensi penyelamat dan orang awam.

“Sejak semalam (Rabu), pasukan penyelamat menggunakan kaedah pencarian permukaan air di sepanjang tebing sungai sejauh kira-kira 100 meter dari lokasi mangsa dipercayai lemas, sebelum radius pencarian diperluaskan sejauh 500 meter,” katanya.

Menurutnya, operasi SAR yang diteruskan pada Khamis bermula jam 8.50 pagi, dengan satu pasukan menggunakan bot penyelamat melakukan pencarian permukaan air, sementara satu lagi pasukan melakukan pencarian darat di sepanjang tebing sungai.

“Mangsa akhirnya ditemukan oleh orang awam pada jam 6.15 petang, kira-kira 150 meter dari lokasi dia dilaporkan lemas. Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut sebelum operasi ditamatkan pada jam 6.54 petang selepas bomba memastikan tiada lagi bahaya di lokasi kejadian,” ujarnya.

Operasi membabitkan 19 anggota bomba bersama sebuah lori serta sebuah kenderaan pacuan empat roda, selain dibantu 12 anggota polis, empat anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM), empat anggota Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Pangkalan Abai serta kira-kira 30 orang awam.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved