Didakwa jatuhkan maruah parti, BERSATU didesak pecat Wan Saiful selepas kritik Azmin

LocalPolitics
29 Sep 2025 • 9:57 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu, Wan Saiful Wan Jan, digesa dipecat selepas mengeluarkan kritikan terbuka yang didakwa menjatuhkan maruah parti, termasuk terhadap Setiausaha Agung Bersatu, Azmin Ali.

Desakan itu dibuat Ketua Bersatu Tasek Gelugor, Azmi Alang, yang menyifatkan kenyataan Wan Saiful, yang juga Ahli Parlimen kawasan itu, sebagai biadab dan menjejaskan kredibiliti perjuangan parti.

image is not available

BERSATU didesak pecat Wan Saiful selepas kritik Azmin

Menurut Adun Teluk Ayer Tawar itu, seorang wakil rakyat seharusnya menjadi contoh kepada masyarakat dengan membawa hujah berasaskan fakta dan penyelesaian, bukannya mengulang retorik murahan demi kepentingan peribadi.

“Tindakan beliau dilihat mementingkan publisiti diri dan Bersatu tidak boleh berdiam diri bagi mengelakkan imej parti terus terjejas.
“Saya mendesak pucuk pimpinan parti mengambil tindakan tegas, termasuklah memecat beliau, demi menjaga integriti, disiplin dan maruah perjuangan kita,” kata Azmi dalam kenyataan.

image is not available

Tegas beliau, tingkah laku Wan Saiful hanya menjadi beban kepada parti dan mengalihkan perhatian daripada isu-isu rakyat yang jauh lebih penting.

Terdahulu, Wan Saiful dalam sidang medianya mendakwa Azmin tidak layak menjadi pemimpin Bersatu selagi kontroversi berhubung ‘video melampau’ yang didakwa membabitkan dirinya belum diselesaikan.

image is not available

Pada 2019, beberapa klip video tular yang didakwa menunjukkan Azmin bersama seorang lelaki melakukan perbuatan homoseksual di Hotel Four Points, Sandakan, Sabah.

Haziq Aziz, ketua Pemuda PKR Santubong ketika itu, mengeluarkan rakaman pengakuan dengan menamakan dirinya dan Azmin sebagai dua lelaki dalam klip video terbabit.

Sumber: FMT