Didakwa Kena Rompak Tepi Jalan, Remaja OKU Penjual Air Tebu Di Demak Ini Raih Simpati Netizen

15 Apr 2023 • 7:03 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Sampai hati merompak remaja OKU yang sedang berjual tu

Didakwa Kena Rompak Tepi Jalan, Remaja OKU Penjual Air Tebu Di Demak Ini Raih Simpati Netizen. Seorang remaja penjual air tebu di Demak, Jawa Tengah baru-baru ini menjadi tular di media sosial selepas didakwa menjadi mangsa rompakan tepi jalan.

Kongsian tersebut telah dimuat naik oleh wanita di Facebook ini raih perhatian netizen di Sarawak.

image is not available
Didakwa Kena Rompak Tepi Jalan, Remaja OKU Penjual Air Tebu Di Demak Ini Raih Simpati Netizen

Kejadian berlaku di kawasan sekolah di Demak

Difahamkan waktu kejadian tersebut berlaku, remaja tersebut sedang menjual air tebu di tepi jalan berdekatan dengan kawasan sekolah SMK Demak. Tiba-tiba didatangi oleh 3 individu yang tidak dikenali menggunakan kenderaan lalu bertindak untuk merompak remaja tersebut.

Difahamkan juga, perompak tersebut mengambil kesemua wang hasil jualan dan juga telefon bimbit milik remaja tersebut lalu melarikan diri dari tempat kejadian.

image is not available
Gambar sekadar hiasan

Bulan puasa ni pun ada yang mahu ambil kesempatan terhadap penjual

Walau bagaimanapun, remaja tersebut masih dalam keadaan panik hingga tidak dapat mengenalpasti kenderaan milik perompak tersebut. Menerusi ruangan komen, ada yang mengatakan bahawa remaja tersebut mengalami mild autisme.

Kongsian wanita tersebut raih simpati netizen hingga 1.4K kongsi di Facebook dan 261 komen. Rata-rata netizen turut memberikan kata-kata semangat kepada remaja tersebut dan memberikan sumbangan untuk membantu beliau memulihkan kerugian yang ditanggung.

Ada juga yang geram terhadap tindakan pelaku yang ‘sengkek’ hingga sanggup untuk merompak hasil jualan remaja tersebut. Netizen turut bekerjasama untuk mencari pelaku tersebut.

image is not available

image is not available

image is not available

Lagi artikel menarik, anda boleh baca di pautan bawah: