Pocong “Prank” Orang Tepi Jalan Demi “Content” Terima Akibat, Dibelasah Penduduk Kampung

Entertainment
7 Apr 2023 • 12:45 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Pocong “Prank” Orang Tepi Jalan Demi “Content” Terima Akibat, Dibelasah Penduduk Kampung

Penduduk di Kabupaten Demak, Jawa Tengah nyaris membelasah seorang remaja yang berpura-pura menjadi pocong sambil berdiri di tepi jalan, lapor Kompas TV.

Pelaku dan rakan subahatnya dilaporkan melakukan perbuatan tersebut untuk menakut-nakutkan penduduk demi ‘content’ di media sosial.

Selepas melihat kewujudan entiti tersebut, penduduk dipercayai telah berpusu-pusu pergi ke kawasan keberadaan pocong penyamar tersebut.

Salah seorang penduduk yang jengkel dengan tindakan pelaku tersebut telah menendang pocong penyamar berkenaan. Pelaku yang takut diserang penduduk terus memohon belas ihsan dari penduduk yang berada di sekelilingnya.

Pocong dibelasah penduduk kampung

image is not available
Kredit Instagram

image is not available
Kredit Instagram

Pocong penyamar itu kemudiannya dibawa menaiki trak pikap sebelum dibawa kepada Polis Bonang untuk tindakan lanjut.

Bagaimanapun, polis dan ahli jawatankuasa kampung bersetuju untuk menyelesaikan kes itu dengan memberi peringatan memandangkan kedua-dua pelaku masih remaja.

Motif pelaku berpura-pura menjadi pocong di tepi jalan hanyalah untuk bergurau dan menakutkan orang yang lalu lalang.

“Perbuatan menyamar jadi pocong telah dilakukan oleh pelaku sekitar 02.00 pagi WIB pada Ahad, 2 April lalu. Tindakan kita hanyalah memberikan peringatan dengan memanggil ketua kampung, ketua RT termasuk ibu bapa pelaku,” kata AKP Winardi, Ketua Unit Serse Polis Demak.

Polis juga menyeru ibu bapa agar memantau setiap aktiviti dan tingkah laku anak-anak mereka, supaya tidak membuat kucar kacir dan mengganggu penduduk lain.

Pocong keluarkan bunyi seram

Terdahulu, tular di media sosial berkenaan sebuah video yang memaparkan kelibat berwarna putih seakan pocong yang mengeluarkan bunyi yang menyeramkan.

Video tersebut telah dikongsi oleh seorang pengguna media sosial yang menggunakan nama @rose_alin di akaun TikTok miliknya.

Video berdurasi 15 saat itu telah menunjukkan kelibat berwarna putih yang didakwa sebagai pocong mengeluarkan bunyi yang pelik.

Bunyi yang menyeramkan tersebut didakwa milik pocong terbabit.

Sehingga artikel ini ditulis, video yang dimuat naik pada hari Jumaat, 23 Februari tersebut telah mendapat tontonan melebihi 2.9 juta tontonan.

Menerusi video itu lagi, kejadian penampakan pocong itu didakwa berlaku di sebuah kampung yang terletak di salah satu Felda di Sungkai.