Didakwa Lakukan Gangguan Seksual, Bapa Kepada Pelakon Remaja Ditahan Polis

LocalEntertainment
8 Sep 2022 • 10:32 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Pendedahan tergempar seorang pelakon remaja yang mendakwa menjadi mangsa gangguan seksual bapa sendiri baru-baru ini telah mendapat perhatian ramai pihak.

Terkini, difahamkan bapa kepada pelakon berkenaan telah pun ditahan oleh polis susulan tuduhan yang dilontarkan terhadapnya.

Memetik laporan GEMPAK, Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat berkata bahawa polis telah menahan individu tersebut pada jam 2.25 petang dan telefon bimbit turut dirampas untuk dihantar ke Jabatan Forensik PDRM untuk dianalisa.

Menurut Azlan, saringan air kencing yang dijalankan ke atas suspek didapati negatif serta tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau.

Difahamkan polis juga telah menerima laporan daripada mangsa yang menyatakan suspek sering mempertontonkan video lucah dalam telefon bimbit miliknya.

Selain itu, mangsa mendakwa bapa kandungnya melakukan perbuatan terkutuk seperti beronani di hadapannya ketika dia berusia lima hingga enam tahun.

Sekadar info, pelakon remaja berikut membongkarkan rahsia gelapnya itu menerusi satu temu bual di YouTube ‘Bros Gang TV’ yang meraih pelbagai reaksi dari warganet dan rakan-rakan artis.

image is not available 4 hari lalu

"Mak Sakit, Dia Selamba Onani Di Depan" - Puteri Balqis Merana Hidup Dengan Bapa Kandung 'Nafsu Binatang'?